December 29, 2010

Laser Punya Pasal

Assalamualaikum.

OHMAIMAIMAIMAIMALAYSIA! Sumpah, terer gila korang. Aku tabik sprrrrring!


And aku ucapkan tahniah sebab menang match tu and TAHNIAH juga ye sebab dah berjaya menambat hati aku untuk tengok bola. Ya, for the first time aku tengok bola dengan penuh kusyuk dan hati aku dup-dap-dup-dap bila si indon tu bnyak kali nak try masuk goal kita. Haha


And and ada satu part lagi yang aku paling berkenan. Okay fine bukan kau sorang je nyah oi. Semua gadis gadis di desa mahupun ibu ibu bapak bapak yang nak cari menantu pun tengah mencari "dia".



Siapa dia? Hihi. Okay, aku dah gelak gatal namanya.





Alahaaii apek molek oii ♥



Nampak tak persamaan rumput dengan rambut dia? Wakaka



Rambut sekarang lagi style kot. Hihi


Ok. Bye!

December 26, 2010

Cha Ini Sudah Lebih

Dulu, time zaman aku form 2 tak silap. Cikgu ada offer aku dengan member member yang lain jadi QM kat MSSD rasanya. Aku pun terus terima lah offer tu kan. Yelah, best kot skip sekolah 3 hari.


Tapi nak taknak kau kena duduk stadium tu dari pagi sampai ke petang la. Then, demi menjaga muka ni dari burn aku pun tempek sebanyak yang mungkin sun block! Tapi resultnya still burn jugak muka aku sebab MUKA-AKU-MEMANG-MUDAH-BURN. Sampaikan kau dah tak boleh nak beza mana satu aku dengan keling athletic tu. Heh


Tapi banyak kebaikan duduk situ selain melepak, bajet bajet jadi athletic jugak and tolong orang. Alah, korang paham paham je lah kan. Athletic ni ramai hansem hansem, omel omel, tinggi tinggi kan? Tapiiii kena tahan bau peluh dorang la. Acem, bacin, tungkik semua ada. Hamik kau. Pakej lengkap 3 hari 2 malam. Tapi takpe, peluh peluh pun kita suka. Wakakaka


Then, cikgu tugas kan aku jadi apatah namanya. Macam runner jugak lah. Aku kena amik result tu dekat judges then kena bawak naik ke stadium bagi kat cikgu. Naik okay naik. At the sametime, kau kena lari naik tangga sebab kena cepat. Perghh, memang keting kau akan nampak unggul la lepas tu. Serious memang penat.

Pastu, time kitorang tengah set up barang sambil borak dengan 2 orang coach ni. Sorang india, sorang melayu tak silap. Dua dua lelaki perut roi roi. Okay, reject. Then, tiba tiba yang india tu tanya kat kitorang.

" Korang ni form berapa?"

"Form 2 cikgu."

" Kau pun form 2 ke? *sambil tunding kat aku"

" Huh? Saya? A'ah. Saya form 2. Kenapa cikgu? Haha"

" Saya ingatkan kau ni, darjah 5 6 macam tu."*muka serious

" WAKAKAKAKAKAKA" *member lain semua gelak.

" Hina sangat ke saya ni cikgu. Haha"

" Serious, memang nampak mcm budak sekolah rendah. Bagi IC kau"

" HAHA. Betul cikgu. Saya form 2. Cikguu nihh"

Malas cerita banyak. Aku terus blah dari situ. Nak je aku balas balik kat coach tu.

Cha, agak agak anak tu bila nak bersalin? Heh

December 21, 2010

You're My Patrick

I really really really miss our friendship kiddey, seriously.

December 19, 2010

Mari Kita Berkhatan Oi!

Maaf atas tajuk yang agak lucah ye tapi takpe, baru first time kot aku buat entry gelimat sikit. Haha. Kali ni je. Hihi. Nyanyi sikit lagu potong. "Potong!~ Potong!~ Potong!~" Haii, teruja betul aku nyanyi lagu tu. Wakaka


Bukan apa, cuti sekolah en? So, automatic akan belambak kat kawasan rumah korang or even dalam rumah korang sendiri pun akan ada kaum adam yang mana baru nak kenal dunia on the way nak berkhatan. Even kat klinik klinik dah ada pun promotion bagai nak rak pasal berkhatan ni macam ada sale untuk SK II je. Heh. Then bila aku jumpa mr google aku terjumpa ni.


Gerun bhai tanya soalan macamtu


Actually, seram sejuk je aku nak google tadi. Takut benda apa haramjadah nanti keluar. Wakaka


Okay, kita terus ke point aku sebenarnya. Haha. Itu baru mukadimah. Heh.


Kenapa lah kan, asalkan seseorang kaum adam ni berkhatan je mesti ada jeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee orang nak bagi duit?! *jeee yang agak panjang menunjukkan jealous yang agak mendalam ye. Tak faham lah aku. Apa kaitan duit dengan potong? Okay sopan sikit. Apa kaitan duit dengan berkhatan?


Okay, setengah orang kata dah itu adat melayu asalkan berkhatan bagi duit. tapi aku still tak faham. Dah la bagi duit sampai beratus ratus.


Bayangkan, satu family paling koman si bapak bagi dalam RM20 then yang maknya pun taknak kalah bagilah dalm RM50. Kau bayang kan kalau dalam sehari 3 4 family datang rumah semata semata nak tengok si budak tu dah masuk jawi then bagi lagi. Tak ke kaya budak tu? Eh makcik, eh pokcik. Budak budak tak elok pegang duit banyak banyak okeng.


Ni haa, tukang yang dok ketuk lutut tu bila kebas, bila time tekak tu nak air milo tabur, bila nak air strawberry campur kicap la. Macam macam lagi. Belum campur yang tiba tiba mengidam, memang kaki kau aku lipat 4 lah jawabnya. Sepatutnya orang tu lah yang dapat duit taww.

*Nampak sangat ke aku jealous?*

December 13, 2010

Cair Bhai

Hai kakak GeWdIks and abang reWmPitS!

Okay. Itu salah satu contoh ejaan budak budak baru nak up ataupun budak budak yang baru nak kenal dunia. Heh. Please lah weh, sakit mata akak ni nak membacanya.

Aku ni bukanlah peminat setia cerita korea sampaikan ikut gila dia punya perkembangan, pengecutan and whatsoever lah kan then sampai sanggup belajar bahasa korea. Okay, lantak korang lah. Janji korang jangan nak mencarut depan aku guna bahasa korea sudah. Memang kakiku melekatmu dimulutmu lah jawabnya. Heh.

Tapi ada satu actor korea ni yang aku memang minat gila babai lah. Dia je kot yang aku kenal.

LEE MIN HO ke LEE MIN HOO? Apa beza ada dua O? H2O? Okay lantak yang penting dia handsome bangat dong.



Alololo, tomeinya. Gewam gewam. Wakaka


Nampak tak gaya dia time dia call aku? Cukup COOOOOOL! xD




Senyuman, Mata dan Rambut ♥

Gigit kuku tu style okeng ;)

Anyway, seramai mana pun artis korea tu masuk. Dia tatap menjadi-pujaan-hatiku! Acehhhh. Wakaka


December 12, 2010

Mai Dekat Mai Dekat

Hey! You know what? Ada something yang selama ni aku tunggu gila gila gila gila gila gila gila gila babai lah. Nak tahu? Jeng Jeng Jeng
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
LAGENDA BUDAK SYAITONS!

Lama bhai aku tunggu citer ni. Nak tengok kat wayang, member dah tengok so tak sedap la en. So, aku nak pi tengok kat tv. Abang Riri I dah tunggu . Babai!

*Fine, aku memang kecoh -____-"

December 7, 2010

I Loikee!

Wuhoooi People! *bajet macam satu dunia baca blog aku je. Wakaka

So, what's down? Oh maybe left? Tak tak. Sudah zack sudaaaaah. Cuti ni apa bikin? Kalau yang masih belajar ataupun senang citer PELAJAR HARAPAN SEKOLAH sila belajar dengan tekun ye dan yang sedang bekerja sila kerja dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab untuk mendapat masa depan yang cerah. Bila dah selesai usaha, korang boleh ukur kecerahan masa depan korang dengan menggunakan pengukur kecerahan Garnier takpun Fair & Lovely. Semoga berjaya!

Cuti tahun ni aku rasa hambar gila. Mana taknya, duduk rumah je. Then bukak kilang selulit kat dalam badan sendiri. Sampai dah padat dah. Niat nak bersenam tu ada tapi asalkan nak joging je hujan. Asalkan hujan je mesti aku tak joging. Yelah, joging dalam tidur best woh kalau time hujan. Feel gila. Pastu selimut confirm kasi tutup sampai habis. Jadi kak chong la aku. Wakaka.

Aku tak faham lah, kenapa kalau nak kurus nak kena bersenam? Boleh tak bersenam tu jangan melibatkan kena lari lari ke turun naik tangga ke senang citer JANGAN MELIBATKAN PUNGGUNG TU BERGERAK? Cubalah cipta senaman macam ambik strawberries pastu celup dalam chocolate then ngappppp masuk mulut. Takpun potong chesse cake ambik garpu and again ngaaaaaaaaaaaaaappp masuk mulut. Haaa! cepat, senang, dan mudah kan?

Dan oh ya, semakin hari otak aku semakin kusut dan aku tak jumpa lagi zack dinot dalam diri aku. Ya Allah, tolong kembalikan hambamu ini macam sediakala. Diri dia yang sebenar. *Amin*

Salam Maal Hijrah To All Muslims =)

December 5, 2010

Bila Dapat Kahwin Ni?

HAHA. Geli kan bila dengar title macam tu? Mesti korang semua dah pikir "Budak ni tak habis SPM lagi dah pikir pasal kahwin? Gatai Nohhh!! Tak padan dengan badan kecik!" Haha. Lantak pi mai lah korang nak pikir macamtu. Aku punya suka dong. Eh hello? Bukan apa dari sekarang lah kena pikir masa depan. Fikir je okay. Bukannya apa pun. Just merancang =) heh heh

Haluu haluu zack, CALON SUAMI? *perlu ke caps lock? -_____- Calon? Entah? Itu tak penting. HAHA. Okay, terserlah kebodohan aku disitu. Heh

Sebab kenapa aku nak kahwin? Mai aku habaq sikit ;)

*Ekehem*

Dunia Dah Nak Kiamat

Cehh, betul betul jauh aku pikir. Haha. Tapi betul kan? Dunia kita ni dah nak hampir dengan akhir zaman. Banyak kot tanda tanda kiamat kecil. So, kena cepat cepat kahwin

Elak Dari Berzina

Haa, hamik kau. Zina tu. Maksiat tu. Terus teringat lagu Ana Raffali yang "Boleh pandang pandang~ Duduk rengang rengang~ Bertambah sayang~" Haha. Bila dah kahwin lantak ekaulah nak buat apa. Tak gitu? Hee

Babies

LOVE THEM. Okay, bukan bab* tu eh. Itu yang hiok hiok. Tak mo tak mo. Ini yang baby "Ala ala mucuk tomei, meh kat mummy eh. Haiyyakk" *jangan kejam sangat. Haaa, baby lah. Comel kan dorang semua? Tapi bila dah besar perangai macam hampeh. Haha. Bukan apa, jealous gila tengok kakak kakak sedara ramai dah kahwin and they have their own babies. Tapi part yang tak bestnya, anak anak dorang kena panggil aku "MAKCEKKKK". Eh, I muda lagi okay. Panggil K-A-K-A-K. Haa, omel gitu. Haha.



Nampak tak ada naluri ibu disitu?


Ni Rayyan. Alolo tomei kan? Pipi londeh londeh. Makcik Gewam lah ><


Okay, ni satu masalah nanti


Berangan je tu. Haha. Lambat lagilah masa ni nak sampai. SPM-Uni-Kerja-And Yeay! Haha. Anyway, serahkan kerja ni kat Allah ya zack. *baik baik*

November 26, 2010

Perangai Biar Elok

Cukup menyampah kalau orang ada perangai camni. Terutama kepada blogger. Heh.

1. Blogwalking sampai ke subuh.

Blogwalking punya blogwalking, tup tup tengok jam dah subuh. Tup tup jugaklah keyboard korang tu dah lenjan dengan air liur basi korang. Mop sendiri.




2. Facebook punya pasal.

Dah bukak pun blog, dah fikir dah entry apa nak tulis after ni tapi fesbuk punya pasal hampeh semua tak menjadi. Salah kan fesbuk! Salah kan fesbuk! Haha.



3. Perah segala semua idea.

Dalam bilik air, idea datang mencurah curah macam air jamban yang di-flush. Tapi bila dah sampai masa nak update blog, idea pun cakap "Lalalalaa~ Aku lupa" . Tak payah nak perah sangat idea, nanti dia dengan sendirinya datang.



Actually, benda ni ditujukan buat aku. Yelahh, dah berbulan bulan aku tak update. Haha. Maaflah ye. Nanti rajin aku update lagi. Post kali ni pun macam hambar je sebab dah lama tak update. Gugup nak update. Bye!

October 10, 2010

Chong Meng Ngaa !

Hush Hush . Badan dah turun , pipi ni je yang taknak turun temurun ikut badan . Macamana ek nak kuruskan pipi bagi langsing dan cheek tu kasi naik ? Takkan nak pi tanya Dr Rozmey kot ?

Tsk . tu masalah I sekarang ni . Takpe , maybe letak minyak mustajab kat pipi baru mujarab kot . Entah lah , itu kata Best Friend I Chong Meng Ngaa ='(

October 8, 2010

Susahlah Jadi Cantik Sangat

Bila kita jadi hodoh sangat orang hina kita , caci maki kita . Kata kita buruk macam nenek kebayan lah , dah boleh jadi hantu dalam citer Jangan Pandang Depan la , kata masa depan kita buruk lah , itulah inilah siti situ sana sinilah . HHDUGDGWEDHIOW !

Then , bila kita jadi cantik sangat pulak . Orang dengki la pulak sampai sanggup cari kita punya daki atau kesan parut kelapa sampai dapat . Yelah mana tau boleh nganjing kat FB ke baru Coooooool Gilaa !

Bila jadi orang yang sangat kaya pulak , kena bakar karang . Okay , sudah zack . Jangan lebih lebih . Gua taknak masuk news nanti . Kang gua famous karang lu orang nak mintak sign gua kat buntut lu karang . Gua taknak . Heh

Jadi orang muka jambu pon susah gak . Tengok , Lihat dan Lopong . Enjoy !








Ini semua lumrah manusia yang selalu tak puas hati dengan kelebihan yang seseorang itu miliki sampai sanggup cari keburukan dia even kecik cekinot je . Ni semua banyak dalam dunia artis . Tapi tak jugak , Cik Joyah kampung parit sebelah pun kuat bergossip . Lantak ler , yang penting
MAK-BUKAN-ARTIS-NYAH !

Pi es : Thankyou Budak Poyo ;pp !

September 30, 2010

Lebaran Si Pendek

Hacummmm Vacummm ! Ya ya , aku tahu . Dah naik berhabuk blog aku ni . Mengada kan aku ? Buat blog tapi tak rajin update . Heh .

Hey , kita ni still lagi dalam bulan Syawal right ? So , aku belum terlambat nak wish kat korang dan citer pasal raya aku kan ? kan ? kan ? So , today aku nak bercerita =B

First of all , amik ni



Tahun ni punya raya best ! Yeahh ! sangat best macam saya-taknak -balik-mummy-nak-makan-lagi-nak-makan-lagi-sedap-sedap-nyam-nyam-duit-laya ?


Mane tak best ? dah berapa hari aku asyik asyik beraya kat Selangor sampaikan budak budak ni dah halau aku dah . Tak reti balik nogori ke ? Sampaikan aku dah penat dengan jemu nak pi sana . Tapi demi duit raya aku sanggup ! Haha .


Budak paling excited dapat angpau




Nak mintak duit raya macam ni lah sambil nyanyi lagu tara kucha, tara-kucha-tara-kucha-cha-cha



Itu sugar daddy saya =P Hamik kau 3 plaster bertempek kat kaki



Sopan sampai baring




Muka feel gila ada orang tangkap gambar


Kejadah bawak CLEO gi beraya --"

Ann , Elle omel sangat

Pimpin mereka , mereka buta

Okay , aku rasa sampai sini jelah citer aku . Gambar pun dah cukup kan ? Kalau tak cukup gak , memang mintak kaki la jawabnya . Anyway , aku disini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kat korang even dah lambat . Then aku minta maaaf if aku ada terkasar, terngumpat , tersepak , tertampar atau sewaktu dengannya dengan korang . Oh to my followers yang tak lah ramai mana pon even aku tau ramai yang skodeng senyap senyap tengok blog aku , heh heh , aku ucapkan terima kasih banyak banyak sebab sudi datang blog aku , baca entry aku , tak gelak sebab entry aku memang tak lawak , okay fine . Aku tak sentap pon lah sebab memang tak lucu . Anyway thankyou very very much . Appreciate sangat . Nanti tuntut 10 sen kat aku ye =B


September 7, 2010

Bundle Busuk

Sekarang orang busy gila shopping for raya , semua nak baru . Kain langsir , baju , seluar , kasut *Oh , terasa pasu bunga pon nak baru ? Heh . Pastu , nak nak siapa yang shopping last minute tu lagilah barang banyak dah habis , nak shopping raya pon sesak gila sampai boleh tercungap cungap nak pilih baju , kalau sorang terkentut semua masuk ICU . Then bila time nak bayar kat counter pon cukup panjang sampaikan dah macam nak bayar kat tol lebuhraya utara-selatan .


And ada setengah orang suka beli barang yang branded . Sampaikan orang tengok plastic bag yang dia bawak keluar dari butik tu dah boleh terlopong and cakap FUYOOOOOOO ! Manyak Kaya Itu Olang ! Ini Mesti Ada Sugar Daddy . Awww Awww ! Okay , cukup cukup zack .


Oh ada jugak yang suka dengan beli barang kat bundle . Cop cop cop cop ! Bundle ? Euwwwww ! Smelly . Disgusting . *vomiting* . Yucks . Apa barang bundle . Busuk koddd . Kau main bundle ? HAHAHA .




Okay , itu adalah beberapa perkataan yang akan termuntah dari mulut makcek makcek datin , cik joyah kampung seberang and teenage mana yang mementingkan HARGA , BUTIK-YANG-NAK-MENYEBUT-AKAN-BERBELIT-BELIT-LIDAH dari kecantikan baju tu , dijamin keselesaannya and murah tapi berbaloi . Memang Berbaloi *Kamdar


Kenapa kena ada perasaan camtu kat barang bundle ? Hina sangat ke orang yang pergi beli barang kat bundle ? Aku nak cakap kat sini memang aku tak pernah beli barang kat bundle bukan sebab aku geli or macam orang orang yang aku sebut tadi tu tapi masalahnya size-untuk-aku-tarak . Heh


For your information , kalau pandai cari barang kat bundle boleh dapat barang yang limited edition punya . Busuk ? Alah , balik basuh la ape susah ? Lagipun nanti korang pakai busuk jugak sebab korang memang busukkkk . Heh heh . And and , sape yang pandai berniaga boleh bawak luit yang lumayan wohh bila berniaga bundle ni .


Macam lelaki suka beli seluar jeans kat bundle . Ya , jeans kat bundle banyak yang cantik , colour pun lusuh gila . Kalau pakai tu nampak very Ulalalaa~ Ada jugak yang suka beli kasut . Fine . Suka hati korang lah nak beli apa . Heh

Akhir kata dari aku , tolong ubah cara pemikiran korang yang mana menganggap bundle itu ini sana situ and barang mana yang tak se-gah butik yang branded .




" Alah Membeli , Menang Memakai " =)





September 5, 2010

Just For Fun

Situation First .

Kelik untuk tumbesaran



Haha . Budus punya pencuri . Cubalah kalau pencuri pencuri kat dunia ni bengap macam dia ni . Best kot . Kalau aku jadi mangsa tu pulak aku jawab macamni .



" C A L L 9 9 9 N O W ! "



Situation 2 .


Kelik untuk kanta

Haha . Kesian kat clown tu . Benda ni selalu terjadi kat classmate aku ni . Sumpah , clown tu macam dia . Asalkan dia bercakap mesti dia ingat ape yang dia cakapkan tu lawak . Padahal , tak la lawak mana . HAHA . Yang budak budak kelas aku mendajalkan dia . Kitorang jawab balik

"LAWAK BHAII"


August 28, 2010

Sanggul Kalah Bonggol Unta

Maybe ade sesetengah dari korang dah tau pasal benda ni . Takpe , kepada yang belom tahu , sila baca dan kepada yang dah tau sila baca dan baca baca baca jugak . Heh . Oh dan entry ni juga khas untuk kaum hawa dan hok lelaki mana yang nak baca . Baca je sebab mane tau korang boleh sampaikan kat korangnya future wife ke , mak korang ke , nenek mungkin ?

Nowadays , korang perasan tak . Ramai gila perempuan muslim pakai tudung . Okay , fine . Bertudung memang tak salah malah ia dituntut disisi agama sekalipon tapi masalahnya sekarang ni lah kan bertudung bukan main la berlitup , ayu , sopan , manis , cantik , kau memang da-bom tapi sanggul ekau tu . Makkk Aihhh ! Tinggi bebenor . Lenguh tengkuk nak tengok woiii .




Bukan ape , tak silap aku hukum sanggul tinggi tinggi ni Haram Tak Silap aku ulang balik Haram Tak Silap ulang lagi Tak Silap . Sebab ape , bila kita buat sanggul tinggi tinggi , ia akan menampakkan kepanjangan dan mungkin juga ketebalan rambut kita .

Then , aku pernah diajar , jika kita pakai tudung , kita tidak sepatutnya menunjukkan kepanjangan rambut kita lebih lebih lagi di depan kaum adam sebab mereka boleh noticed kita punya rambut eventhough kita dah pakai tudung .

Oh still tak percaya ? Lihat , baca dan renungkan .

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.


Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-


Okay . Amacam ? Lepas ni nak ikat rambut jangan tinggi tinggi . Bese bese sudah la .

And satu lagi , aku tak tau nak cakap ape kat mereka ini . Kat dalam MySpace , Pesbuk , Frmspring and seangkatan dengannya tak pakai tudung tapi bila kat luar pakai tudung . Ingat pakai tudung ni macam pakai topi ke ? Pakai bila perlu dan nak style je . Lebih baik tak payah pakai kan ? Same je . Orang still boleh tengok . Ape kes ? *kalau gambar time kecik kecik tu dimaafkan la kot . Tak matang pon lagi kan .

Benda ni bukan nak ingatkan kat korang je tapi untuk diri aku jugak sebab aku tau aku pon bukan wanita muslim yang perfect so jadikan benda ni sebagai info kepada kaum hawa termasuk aku . Oh Oh ! Aku pon terasa jugak bab ketat ketat tu . Heh . Ya Allah , Ya Allah ! Cepat bertaubat zack =)

August 27, 2010

Oh My Handsome !

Aku berjalan sorang sorang dekat tasik kat area rumah aku dengan bertemankan phone tak lah semahal phone korang , tak secanggih phone korang , tak se-slide macam korang . Just function lebihannya hanya boleh dengar lagu je . Okay itu sudah pun memadai bagi aku . Dan buku Enid Blyton juga menemani aku .

Sedang aku dok syok baca buku tu kat tepi tasik datang seorang jejaka yang aku tak pernah nampak dekat kawasan rumah aku . Oh lupa ! Aku pon still orang baru dekat area sini . Dengan tak semena mena-nya , dia datang duduk kat sebelah aku .

Time tu , aku just nampak dia seorang sahaja dekat mata aku . Seolah olah , dunia aku gelap and tiba tiba lak ade cahaya datang dari atas and tepat shoot kat dia .
Aku just terdiam and kaku sambil otak berfikir , " Ya Allah , jodoh aku dah sampai ke ? "

Dia terus sapa aku ,

" Assalamualaikum , awak budak baru ye kat sini ? " -jejaka idaman-

" Err , wa'alaikumusalam . A'ah . Mane tau ni ? " -aku-

" Saya dah agak lama dah duduk kat area sini . Tu yang boleh cam orang tu . Haha ." -jejaka idaman-

" Ohh , Ye er ? Haha " -aku-

" Urm , awak sorang je ke ni ? " -jejak idaman-

" Err , tak lah . tak nampak ke adik saya tengah buat kuaq lentang kat dalam tasik tu ? Haha , takdelahh saya sorang je laa ni " -aku-

" HAHA , awak niiii saya tanya soalan bodoh siket pon dah nak marah . haha " -jejaka idaman-

" Haha , takde lahh . Main main je =) " -aku-

Dia tanya macam macam kat aku . Aku jawab rileks je tapi otak aku time tu tengah pikiaq lain . Pikir ape ? " Ya Allah , Handsome-nyaa kau " " Ku milikmu ke ? " " Tinggi , tampan , gorgeous , cute betol kau ni ".

Kami pon tak perasan , da nak maghrib rupanya . Then , tiba tiba dia mintak number phone aku . Aku pon bagi jelahh mana tawu memang itu jodoh aku . Heh Heh =B

Time aku baru je nak mintak number dia plak , then suddenly phone aku berbunyi . Aku pon angkat lah . Orang yang call aku tu dia jerit nama aku kat telinga . Ekau ingat den pokak ko ? Teros terasa badan aku digoncang ,
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

DINAAAA ! Bangun ! Da pukul bape dah ni ! Dah nak berbuka pon !

Cet ! Aku bermimpi ngupenya . Tapi kalau ye pon kan . Puan emak ni kejotkan lah aku time aku dah lepas amik number phone kat mamat tadi . Takdelah aku menyesal seribu menyesal dah ni .

Moral Samivalue : Jangan ingat nak tidur je kejenya time berpuasa =B

August 22, 2010

Cerita Tentang Kita

Dulu ,

Kita gelak sama sama ,
Kita kasi gegar satu kantin biar sampai orang pandang ,
Sampaikan ade orang yang tak puas hati dengan kita ,
Kata kita "Ingat ni kantin bapak korang ?" , "Senyap tak boleh ke ?"
Tapi , kita hanya mampu pandang sleck pada diorang ,
Kerana kita baru junior , mereka senior .
It's okay .

Kita buat ape ape pon sama sama ,
Lebih lebih lagi mendajalkan orang ,
Kata "Itu adik Aina lah , Itu adik Alya lah "
Hakikatnya , dua dua adik mereka

Kita rehat dekat kantin sama sama
Oh bukan kantin , tapi R&R ataupon kerusi Mekdi ,
Depends jugak , kadang kadang lepak kat dewan ,
Tapi most of the time , kantin jugak berada dihati kita

Setiap hari aku menunggu ketibaan hari Rabu ,
Sebab hari Rabu aku akan gelak sepanjang masa , tak kira masa atau saat .
Semua akan berkumpul dan bermula lah cerita pak pandir mereka itu .

Then , kita akan cerita macam macam
daripada cerita yang buat kita sedih sampai cerita yang boleh buat kita nangis guling guling
Padahal ceritanya mula sebab "Pedas tak belacan tu ?"
Dah meleret sampai kita tak tahu mana cerita itu akan berakhir.

Kita kalau takde gossip sehari memang tak sah
Nak bergossip je memanjang
Cerita pasal Fasha Sandha nak kawen lah
Then menyanyi tak tentu pasal

Aku tau kelas aku dengan korang jauh *selang satu kelas je
Tapi hati aku , minda aku , gelak tawa aku ,
Nak sangat dengan korang
Even ,
Budak kelas aku da cukup untuk buat aku gelak
Maybe aku sudah bosan dengan kelas yang paling ramai duda dudanya.

Tapi itu dulu ..

Sekarang ?

Bila jumpa gelak pon da nak tak nak je
Gelak memang gelak tapi gelak hanya sekadar gelak sahaja

Bila jumpa mind aku lost
Tak tahu nak cerita apa dengan korang

Hari Rabu pon dah takde

Nak pergi kelas korang pon da kurang
Bukan ape , terlampau busy sangat

Nak gossip pon da takde selera .
Sebab semua dah tak sekepala
Takut nanti salah cakap
Dia terasa , Aku terasa , Kau terasa , Semua terasa
Dan aku dapat rasa ada jurang antara kita semua .

Aku just nak cakap ,

" AKU NAK PERSAHABATAN KITA YANG DULU "

P/S : Buang yang keruh , ambil yang jernih . Raya nak dekatkan ? Maafkan lah dia . Ingat ! Sedangkan Nabi pon memaafkan umatnya . Inikan pula kita , manusia biasa yang selalu takkan lari dari membuat kesilapan . Thank You =)

August 20, 2010

Pandai Memang Pandai

Sedang elok menikmati sajian berbuka puasa yang dibeli oleh incik ayah di bazaar ramadhan yang berdekatan di tempat kerjanya , aku terpandang tepat terus dekat adik aku . Bukan ape , aku memang suka tengok budak kecik main sorang sorang pastu cakap sorang sorang . Sungguh comel macam omel =)

Then aku tanya adik omel aku ni ,

Situasi 1.

Kak Dinot : Tatip , tatip nak jadi imam muda tak ?

Tatip : NAKKKKK ! tapiiiii TOMEN KOSMOS lagi best ! *sambil buat gaya ultraman . Tak Nak jadi imam muda !

Kak Dinot : Kenapa taknak lak ?

Tatip : Imam muda tak boleh lawan ngan aksasa *raksasa ye kawan kawan Tomen Kosmos bole lawan ngan aksasa . Nanti aksasa kalah pastu pastu pastu *termengah mengah nak sambung ayat

Kak Dinot : Kau memang laa dik -________-"


Situasi 2 .

Kak Dinot : Adik , adik eyes mana , eyes ?

Tatip : Ni *tunjuk kat mata

Kak Dinot : Telinga ?

Tatip : Ni *tunjuk telinga

Kak Dinot : Noseeee ?

Tatip : Ni *tunjuk hidung

Kak Dinot : Pusat ?

Tatip : Ni lahhhhh *dia da bosan

Kak Dinot : Jap jap , leher ?

Tatip : Ni *tunjuk leher

Kak Dinot : Okay okay . kalau Tengkuk ?

Tatip : Ni ! *tunjuk yang belakang leher tu

Kak Dinot : Hahaha . Salahh . tengkuk ngan leher sama je lahh *muka confident

Puan Emak : Haaa ? Betol laa dia tunjuk tu dina . Kau yang salah .

Kak Dinot : Ye er mi ? Bukan sama je ke ?

Puan Emak : Lainnnnnnnnnnnnnnnn . HAHAHAHA . Dinaaa salahhhhhh !


Cet ! Ni mesti kes puan emak dulu tak bagi aku minum susu Anmum Essential .
Tu sebab aku confius . Kalau aku minum susu tu , kau tanya soalan calculus pon aku boleh jawab . Kiranya aku ni ala ala setaraf ngan Adi Putra lah . Keh keh =P

Play Station : Budak kecik zaman sekarang memang pandai pandai =)

August 15, 2010

Kebuntuan Melanda Diri

Aku ni jenis yang suka membelek belek muka, membelek belek diri, mengembek mengembek bunyi*ape ni ? Biasalah lumrah orang pompuan, mesti nak jaga kebersihan diri zahir dan batin. Betol tak ?

Kalau pompuan tu bukan jenis yang aku cakapkan tu, maknenya dia bukan perempuan. Baik korang check dia betol betol. Cukupkah dia ade ciri ciri seorang perempuan ? Ataupon dia sekadar pada zahirnya hanya seorang perempuan tapi di dalam, Hek hek, angpa pikiaq laa sendiri =B

Tengah aku dok syok belek belek muka, rambut, tiba tiba ade message masuk kat dalam otak aku. Soalan dia berbunyi begini.
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

* okay aku da lotih


KENAPA KAT BULU HIDUNG TAKDE KELEMUMUR ?


Sebab, dia pon kaum kerabat dengan rambut jugak kan ? Takpon sedara ayah dia punya mak ? Ish, bukan bukan. Ni yang tanya pakar SUNSILK nih. Alahh sape tu Yakuhoro Yamashita. Aku ingat nama belakang dia je.
Mari kita mengungkap sama sama masalah ini takpon pi ngadu kat ADUAN RAKYAT. Dapat masuk tb *yeay !

Megan Pox mesti tawu kan kan kan ?






August 14, 2010

Bila Ramadhan Semua Jadi Indah

Today 4 Ramadhan 1431 Hijrah kan ? Aku happy sangat sangat harini sebab abang balik ! Heh Heh . Rindu wehh . Dah 3 weeks dah dia tak balik rumah then lepas tu pulak harini baru kitorang dapat berbuka sama sama setelah ompek hari tak berbuko bersamo samo . Sumpah rindu !



Tapi aku jenis malu nak tunjuk yang aku rindukan dia so bila dia sampai je rumah then kebetulan pulak time tu aku tengah kemas rumah so aku buat buat tengah busy gila kemas rumah . Konon konon nak buat aku ni tengah kusyuk gila lah sampai tak perasan dia da balik.



Tapi at last, aku tegor lah jugak dia. Aku cakap macamni "Eh ehh , dia balik laa minggu ni" dengan konon konon buat muka terkezut lahh macam Eric Leong. "SURRRPRISEEEE !"



Aku rindu nak kejotkan dia sahur, kalau dia tak bangon jugak aku mula lah nak bebel kat dia then nanti dia bebel kat aku balik. *cet ! biadap sungguh.



Then rindu nak pergi bazaar Ramadhan sama sama. And banyak lagi T.T



Tahun ni punya Ramadhan, aku agak murung sket . Yelahhh , first time berjauhan. Tapi takpe Pesbuk ade. So, takdelah rindu sampai tahap gaban. Kalau aku rindu jugak, tu dah namanya Rindu Miang. Meiow Meiow~


Takde kena mengena langsong -,-"


Pi Es : URL blog ni mungkin akan berubah . Sebarang pertanyaan boleh tanya disini atau disana. TQ :)


August 9, 2010

Yusuf Anak Lelaki Taiyoob

Sekejap je rase dah nak puasa . Padahal aku rase baru je lepas aku raya *cet , raya je ingat . Alhamdulillah lah kan ? Kap Ba Ro Kap Alif Ta Nunn . Keberkatan =)

Bila Yusuf Taiyoob da kuar iklan kat tb angpa tu maknenya Ramadhan nak datang laa tu . Korang ni da beli ke blom Yusuf Taiyoob tu ? Wajib doee . Aku kalau tak beli makanan ni tak sah kalau time Ramadhan . Tapi actually kan , aku tak lah suka sangat makan kurma . Setakat satu dua bijik boleh laa lagi . Ni kalau angpa bagi aku satu tangkai tu mau menangis aku kat situ gak . Manis lah .

Tak sabar rasenya nak puasa . Best lahh ! Sebab ?
First , yelahh , setan dah takde dalam dunia ni . Hehe . Gila kentang weyy . Ni yang boleh online lama lama sampai mata lembam tanpa syaiton disebelah . Tak payah fikir pasal hantu lagi . Hahaha .

Second , nanti sekolah pulak boleh balik awal sket . Heaven gila wey ! Balik sekolah , mandi , solat , then baru online pastu tidur jap . *terok lahh

Third , aku terpaksa stop sampai kat sini dulu . This week aku agak busy sket . Dengan Rabu ni ade forumnyaa kat class . Then aku sekarang ni tengah nak mencari isi isi nya . Doakan group aku dapat yang terbaik okay ? Nanti lain masai aku update lagi . Sorry . Okeng ? Chaw !

oh by the way

SELAMAT BERPUASA ! =)

August 8, 2010

Busy Itu Body

Hai ! Harini aku try jugak nak post entry baru untuk korang even semalam dengan arini aku agak busy sket . Tengok ! Betapa sayangnya aku kat blog aku ni . Sanggup meluangkan masa bersama beliau .

Aku nekad aku akan try post entry setiap hari . InsyaAllah . Aku nak try jadi BLOGGER TEGAR . Apesal ? Ingat Perokok je ade Tegar Tegar ni ? Blogger pon ade la .

Semalam aku busy sebab sekolah aku ade buat sekolah ganti . Rajin kan aku datang ? Hehe . Tak ramai pon yang datang dalam kelas aku . Half daripada kelas je yang datang . Terok punya kelas aku . Mane tak teroknya , da kalau laki je yang belambak dalam kelas tu . Mane laa dorang ni nak datang kalau sekolah buat hari sabtu . Semua stok nak bangun lambat je .

Pastu kat sekolah boring sebab kat dewan ade buat exhibition pasal ANTI-MEROKOK . Overall, aku rase budak budak yang masuk benda alah ni , petah bercakap . Tahniah laa ye group sape yang menang kempen tu .

Yang aku ni da bosan dengan benda benda alah tu terus masuk kelas then buat rehearsal untuk forum nanti then lepas tu nyanyi lagu ape tah dengan Miza ngan Ekin . Feeling wohhh aku nyanyi . Nasib baik time tu yang ade dalam kelas , Keme , Piang , Haikal ngan Mail . Dorang buat don't know je . So , aku pon nyanyi buat don't know je lah kan ?

Kebetulan semalam aku puasa . Perghh , semalam punya dugaan teramat laa mencabar ! Lebih lebih lagi si Hijau yang Aneh ni gi tayang ice blended kat depan aku . Perggghh . Siap kau ! Tampar dahi baru tahu ! =P

Then ade budak budak ni lak makan nasi lauk ayam masak merah lak kat depan aku . Wushhhh . Itu Fav gua wohh ! Sabar je lah =)

Then balik je dari sekolah Puan Emak ajak gi shopping kat Sunway . Waduhhh . Lagi lah . Aku cakap ngan mak aku yang aku nak rest sekejap *tidur . Time tu barulah dapat rase kenikmatan dunia .

Da jalan kat sunway sampai lupa nak bukak puasa . haha . Mane taknya shopping punya pasal laa ni *cet ! salahkan shopping lak

Arini pulak , Puan Emak ajak gi The Curve lak . Haiyoo . Aku sebagai anak dia harus ikut cakap dia kan ? Tak baik menderhaka kan ? Syurga itu dibawah tapak kaki ibu kan ? So , conclusionnya aku 'terpaksa' bershopping lagi . Heh Heh

After gi The Curve balik rumah Puan Emak punya Emak . Yeay ! Da lame tak balik sane . Rindu Mak ngan Abah ='( Mak Abah esok Dina datang okay ? Masak sedap sedap punya untuk cucu mu ini *wink

August 3, 2010

Angkara Romeo

Harini aku bukan nak citer pasal novel or citer Romeo dan Juliet . Heh ! Takkan ku sentuh novel itu melainkan tgok citer boleh laa baru ON SYIOK ! Apsal syiok ? Angpa pikiaq laa sendiriq !

Korang semua mesti penah kena kacau kan ? Maksud aku kena kacau tu bukan yang HEHEHE tu ini kena kacau kat phone . Penah kan ? kan ? kan ? Tipu laa tu kalau tak penah . Haktuihh laa ! haha . Tak kena kacau pon , korang yang kacau depa . Kannnn ? Baik ngaku sekarang . Tuhan marah . Haha *aku mengaku takpe =)

Nak dijadikan citer aku kena kacau haritu . Dia kacau aku time hari after aku balik dari kursus aritu .

Okaylah . camni citernya . Mula mula dia miscol je . Okay , aku tak kesah sebab maybe salah number . Fine . Then , dia miscol lagi . Aku pon terus lah text dia . Hah ? Apesal aku tak call je dia balik ? First , MALAS . Second , Jimat kredit . Kredit itu penting ye adik adik . Last , Aku tak kenal kau laa weh .

Aku text dia macamni .

Aku : Sape ni ?

Dia : Ni ROMEO ar .. owg cne cPe nMe ?

Aku : Eee Bro ! Geli gila . Gua pon romeo aa . Eee

Dia : Aloo alooo , cakap bek2 sket oke .

Aku : Betol lah . Gua laki lar . mane dapat no aku ?

Dia : Ooo..agk nye slah no kut. org umah bgi slah ar .. ok lah gua cau dlu
ar klau ade ape2 aloo2 ar same gua .

Aku : Ha , yelahh . ape ape hal . gua aloo aloo lu . sorry ar bro . chaw !


Ha ! Padan muka Lu ! Lu nak kena kan gua ? Lu kena dululah beb . Hikhik . Amacam ? Itu first time kot aku layan orang macamtu .

Aku suspect tambah respect ade budak jual nombor aku time kat kursus aritu and aku tau dia tu budak dari sekolah mane . Taknak lahh aku bagitau kat sini kan ? Tak baik

Aku geli wohh tengok cara dia taip text tuh ! Sumpah ! aku geli gila dengan cara dia mengeja . Macam tak reti mengeja . Nak je aku balas lagi " ROMEO PELAT KE ? " Korang suka ke text macamtu ? Eee , tak sakit mata ke tengok text tu . Kejap tulisan kecik then besar balik .

Lepas tu eja kalau eja 'name' jadi 'nMew' , takpon 'kita' jadi 'kitew' . Tak ke cara nak menyebut perkataan tu sampai berlipat lipat mulut korang nak cakap abjad "W" tu . Sorry okay if korang terasa . Ini pendapat aku tapi if korang nak teruskan gak teruskanlah tapi jangan send kat aku . Haha . Mau aku kasi ayat sedap punya kat korang . Hikhik

Pi es : Nak kacau aku ? Bak datang ! Meh aku perambat korang dengan penyapu gak kung . Hikhik . Peace !

July 31, 2010

Siapakah Dia ?

HOHO , lama tak update blog . Aku rasa dah berhabuk gila macam minnie mouse aku yang baru pagi tadi aku basuh dia then sental dia sambil nyanyi lagu Baby by JB kat dia . Mesti jauh dalam lubuk hati teddy tu berkata ' Cet , aku nak Mickey Mouse nyanyi ! Bukan Kau ! " Actually , setiap hari aku bukak account ni tapi jari aku agak keras untuk menaip . Aku lebih selesa membaca je . Even , kat FB dengan MS aku pon aku malas nak chatting dengan orang . Kalau chatting pon sekejap je . Then blahh sebab takde mood nak borak . Maaf ye rakan =)

Today , entry ni khas untuk DIA sorang je . Siapakah orang itu ? Tinggi manekah orang itu ? Besar manekah orang itu ? Mari kita mengukapnya bersama sama . Saya Karam Sink Warlia melaporkannya dari rumah *Dah la Karam pastu Sink plak.

First of all , aku nak wish kat dia dulu..

HAPPY ANNIVERSARY SAYANG !


oh silap


HAPPY BELATED BIRTHDAY BESTIE !


Sorry aku lambat wish aritu wey . Maafkan beta yeh ? Hihi . Aku just nak cakap kat sini :

23794 Semoga panjang umur weh
23794 Dimurahkan rezeki
23794 Rindu Kau sangat sangat !
23794 Rindu nak lepak rumah kau
23794 Rindu Nasi Goreng Majerin kau . HAHA
23794 Rindu nak golek golek kat katil kau
23794 Rindu nak gelak besar sama sama
23794 Rindu nak naik rumah kau ikot jalan bukit tu sorang sorang time pepagi buta
23794 Rindu pemadam comel kau yang banyak banyak tu *dah niat nak curi ni
23794 Rindu nak buat pertandingan masakan sape paling hancur *Confirm aku JUARA
23794 Rindu nak buat benda yang stupid dengan kau .
23794 Rindu nak lepak kat airport .
23794 Rindu nakbermalam dengan kau kat Hotel Concorde *cet , bunyinya dah lain .
23794 Kau Kawan aku yang THE BEST pernah aku ada !
23794 Kita Segila ! Semereng ! One Malaysia ! *tiba tiba
23794 Aku Sayang Kau
23794 Kita kawan sampai bila bila okay ? kubur sebelah sebelah laa senang citer . hihi
2371994 Overall , Bila kita dapat buat benda semua tu balik ? ='(

NUR AMIRAH
THIS IS FOR HER . MY TRULY FRIEND . SHE's THE BEST .

Jangan pandang yang tinggi tu . Itu bukan dia . Cis ! yang belakang tu...Cantik handbag dia =)


July 20, 2010

UB 2

Rasa janggal pulak bila panggil UB 2 or dalam erti kata lain Ujian Bulanan 2 ye adik adik . Mane tak janggalnya weh , zaman sudah berubah , dunia sudah maju , pegawai atasan Kementerian Pelajaran juga maybe sudah berubah *bukan power rangers jadi mereka telah pon men-transformasi-kan panggilan itu kepada Penilaian Kurikulum Sekolah 2 .



Menggedik sungguh ! Aku rasa UB 2 lagi senang nak menyobut . Teringat aku kat pengetua bila citer pasal benda ni . Camni , biasalah tugas seorang pengetua kalau setiap assembly tu tak dengar suara dia bersyair di depan sudah tentu tak lengkap lah suatu assembly tu . Then dia nak cakap yang minggu ni minggu exam so dia nak cakap PKS 2 tapi dia tersasul cakap ape ntah then dia cover cakap UB 2 pastu yang kitorang ni gelak lahh *termasuk cikgu2 .

Yelahh , kuno kot kalau panggil UB 2 . Then aku tak sangka perkataan ni terpancul keluar dari mulut dia



" Erkk , WHATEVER lah "



Dengan rasa gelojoh dan geli hati , aku gelak bagai nak rak . Kelakar kot ! Bayangkan pengetua ? pengetua ? PENGETUA ? *maaf , ter-caps lock Aku respect tambah suspect lah kat pengetua ni sebab ape ? Sebab dia handsome so anak dia mesti lagi handsome plus plus bukan ? Haha =B



Exam ni aku nak tebus balik aku punya result baru baru ni . Aku nak pastikan results maths aku kira boleh tahap yang dibanggakan aa . Bukan ape dulu aku memang cinta , sayang , main 'share-share heart' dengan maths ni , but semenjak dia curang dengan aku ... *cet , takde kena mengena



But , bila masuk form 4 aku dah start malas nak buat latihan maths , dalam kelas pon malas nak belajar betol betol tapikan aku semangat je bila nak belajar addmaths ! *cet , biadap sungguh


And aku harapkan sangat aku takkan meniru lagi dalam exam .

And to korang : Dun chu evah evah mintak jawapan dari aku , kung aku bagi 3 Pen ! Barus Tawus !

Saya sudah insap pakk !




Muka happy belajar physics


Oh Oh Oh , aku nak wish Good Luck kat korang jugak =B



play station : Ya Allah , kau bagilah semangat dan keyakinan untuk aku jawab exam ni

dengan baik =)



July 17, 2010

Perasan

First of all , aku nak cakap maybe entry aku kali ni agak jiwang jiwang sket takpon orang panggil tangkap leleh aa tambah tambah pulak bukak lagu dari folder korang pastu kelik lagu JEJAKA IDAMAN by Raja Ema then tiba tiba time tu jugak lah mak korang sebok nak duduk kat tepi korang sambil tangan dok sebok mengupas bawang merah takpon tengah numbok cili . Ha ! Amik kau ! Nak habis kan satu ayat pon panjang menjela jela . HUGYGWSJOWUPQ ! *saya tak mencarut


*********************************


Orang ramaai tanya aku ,


" Zack , nape kau still membujang ? " Aku jawab , " Sebab aku duda ."


" Weh , kau takde pakwe ke ? " Aku jawab , " HAHAHAHAHA . Senyap . "


" Zack , kau carilah pakwe " Aku jawab , " Kat mana ? Kedai Motosikal Ah Cai ade tak ? "


Aku pon kadang kadang tanya soalan tu balik kat diri aku . Then kadang kadang kan , time tengah belajar agama kat dalam kelas pon soalan tu datang kat aku . Aku pon tak faham . Dey , Shuh Shuh ! Aku nak belajar lah .


Aku tak couple sampai skang bukan sebab aku terluka dengan pakwe lama aku . Dia takde kena mengena langsong dalam hal ni . Dia baik . Kitorang putuih pon cara baik and sampai sekarang kitorang still kawan and paling penting ! Kau ade hutang 2 air Mosha dengan aku . HAHA !


Dulu aku rasa single itu best , single itu hebad , single itu POWER ! *tu tipu . Tapi sekarang aku rasa single tu dah kurang umph ! Aku pon tak tawu kenapa sebab kadang kadang aku rasa couple tu best . Yelahh , ade orang sayang kita . ada orang setia kat kita and blablabla .


Kadang kadang tu time aku belom ready nak couple , time tu jugak lahh ade orang nak masuk meminang and sometimes bila aku da ready langsong takde sape datang kaunter aku . Haihhh .


Korang mesti fikir aku ni memilih orangnya . Actually tak lahh weh cuma paling koman orang tu mesti ade private jet seekor , account dalam bank mesti lebih dari half million and limosin tu kalau boleh nak sepanjang panjang jalan . Tak tak , aku bukan orang macamtu lah =)


Bila aku fikir dalam dalam , aku nak couple betul betul lepas exam SPM , paper last . Itu pon aku takkan layan pelawaan dari fone or text or comment dari RuangSaya dengan Pesbuk . Sah sah nanti korang dapat jawapan ni

" Please Try Again Later =) "


Sekarang ni , mesti korang dah fikir yang aku ni dah bajet HOT , perasan ramai kejar aku . Takpon dalam hati korang cakap macamni , " PERASAN CANTIK BHAI MINAH NI . HAHAHA " . Terpulanglah korang nak cakap ape pon . Aku terima sebab ni belog aku kan ? Aku yang tulis kan ? Haha


Satu pelawaan je yang aku akan terima . Kalau dia nak aku , mintak depan depan . Sebab ape dari situ lah aku boleh nampak keikhlasan kau nak kat aku and baru lah Jantan bukan ? *kita sependapat laa ustaz =)


And buat masa sekarang aku nak fokus kat study aku dulu and after tu baru laa aku nak fokus untuk mencari pasangan aku . Perghhh , tak tahan ayat ! hahaha .


Okay okay korang dah boleh muntah sekarang and gi flush laju laju skang ! Fullstop =B

July 6, 2010

Them

Hello Kak Chik , Kak Long , Kak Senah , Kak Bedah , Kak Juih dan seangkatan dengannya .

Lama bukan aku tak update blog ? Bukan apa kalau aku update blog sekalipon , nak ke korang singgah blog sampah aku ni ? *toushing sudeh . hehe . Sampah sampah pon aku tetap sayang doe . Da macam suami angkat aku dah . Haha .



***************************



Sabtu dengan Ahad lepas aku pergi kursus plus kem kat IKTBN Sepang . Dey , tau tak ? Dekat gila kot tempat tu dengan sekolah aku . Celah hidong je lah . Aku rasa cikgu tak payah sediakan bas pon takpe . Kitorang boleh jalan kaki dengan buat moonwalk kot . haha .



Actually aku nak ikot kem tu sebab nak dapat kursus macam Basic Autocad ke Engineering Design ke Basic Adobe Premier ke or senang citer yang sedara mara kepada pakcik punya mak punya nenek punya mentua belah ayah yang pasal Engineering or Multimedia .


Tup Tup , aku dapat kursus pasal Fundamental of CNC Milling . Apetu ? Entah aku pon susah nak explain . Senang citer korang gi bukak Google and search okay ? Den malas nak cito .


Nak tau ? Punya lah aku tak suka kursus tu sampaikan time orang tu mengajar aku boleh ON TIDOQ kat belakang . Ahh lantak pi lah ! Aku tak suka , tak suka lah . Sapa suroh ekau letak akuq kat bahagian tu . hehe . Mane taknya , dah lah aku punya kursus tu kena dudok dalam air-cond . Tak ke rasa macam tuan puteri sedang beradu dengan lenanya ? Haha . Group aku ade 9 orang . 5 Dara 4 Duda . Cis ! Dimanakah seorang lagi Duda ? Tak boleh laa aku nak cuci mata . Haha


Tapi sebenarnya aku kat sana best gila wokk ! Bukan sebab kursus tu tapi sebab dapat luangkan masa dengan kawan kawan pompuan 4 LK and dapat rasa macam mane dudok asrama . Bukan aku tak perah gi kem before ni tapi sebab kem ni kitorang dudok macam kat dalam kampus .


Best kot ! Satu bilik 2 orang . Aku sebilik dengan Ekin . Kitorang dah lah sekepala , se-ke-tinggi . Haha . So kitorang roomate yang agak gempak aa gak . Hehe . Tapi kitorang kena tambah lagi satu olang dalam bilik kitorang sebab dia takde kawan . Okay , Fine . Aku tak kesah pon sebab dia still kawan aku .



Then , petang sabtu tu aku tiba tiba je pening . Aku pening bukan sebab belajar benda hamjadah tu tapi sebab biasalah bro , badan nak biaskan diri dengan tempat baru . Mestilah macamtu sebab aku perasan setiap kem yang aku pergi mesti jadi macamtu .


Time aku pening yang tak tahan tu . Orang semua makan sedap sedap kat DM , aku pon pergi jugak kat DM tapi tengok je orang makan . But at the same time aku menyampah tengok makanan . Tengok je nak rasa loya . Oh tidak ? Mengandongkah aku ? haha . Budak budak ni boleh lak cakap camni kat aku .



" Yeay ! Kita bakal jadi aunty youuu ! "



" Alhamdulillah , anak perempuan " *ikot cara Mail bercakap . Haha


Aku sabar je lah time tu . Fikir aku pening je . Kalau tak , nak je aku wrestling dorang one by one kat dalam dorm . haha




Itu Ekin . Kami memang sewel .







Aku senyum macam kamben nak tercirit

July 1, 2010

Waka Waka Eh Eh !

Actually , da lama aku nak gembar gembor kan pasal benda ni . Tapi , masa tu belom sampai and today masa tu pon telah sampai *ayat kalink . Aku cuma nak wish kat one of my beasties *haha




HAPPY BELATED BIRTHDAY AFIQAH FAIZURIN nan !




9th of June 1994 . Ni tarikh ke'rahmat' kau yang takkan aku lupa weh. InsyaAllah . Aku manusia gak beb . Kadang kadang kita ni mudah alpa . Haha .



Semoga panjang umur and dimurahkan rezeki weh . Kau tau kan aku sayang kau ? Aku rindu nak borak borak dengan kau lama lama dalam kelas weh . Then duduk sebelah kau . Urut urut kau guna apple . Sebab kau suka jadikan aku kerusi OGAWA bergerak kau . Then , aku suka geli geli kan kau sebab kau ni tak suka di-geli-kan . Haha . And the most part muka kau yang paling akan aku ingati dan menjadi ingatan di dalam kalbu ku is our flies tahik ! or dalam erti kata lain our mole . haha . Cuma bezanya kau di hidung , aku di mata *wink



Tapi tu semua dah menjadi kenangan kan beb ? Sebab zaman Form 3 dah pon habis . Then , kau pulak dah masuk kelas 4 Sains Tulen 1 . Pandai tu . Aku LK je . Anyway , Congrats sebab dapat 8 A's time PMR haritu . Aku harap kau jaga diri kau baik baik and aku SAYANG kau weh . Serious ! Kau tetap bestie aku forever weh even kita kenal baru dua tahun :)





Dia yang di tengah and itu chibi . aku pon sayang kau weh =' )

Oh ! Oh ! Oh ! ade sorang lagi kawan aku yang lahir pada 1 st of July 1994 . Dia ni dah laa pandai , cantik plus kaya lak tu . Haihh , memang orang kata ape tu . Bole bawak jadi menantu laa katakan . Haha .


HAPPY BIRTHDAY NUR ZUFEEQAH !


Kau dah tua laa weh ! Aku still muda and kakak bila nak bagi hadiah kat adik ? Haha



Kau nampak ayu disini beb =)

June 30, 2010

Hati Lucu

HAHAHHAHAHAHA . Annoying gila kan ? Tiba tiba je aku gelak . Takde weh . Aku rasa kan bila hari Rabu tu tiba *sumpah skema mesti aku happy semacam . Hey , bukan sebab aku suka haritu ade koko lah , tapi sebab petang tu mesti ade je jokes yang mengarut lagi melalut dari budak budak ni .

Macam petang tadi aku turun kantin lambat sikit sebab zati ajak gi kedai Smiles kat seroja. So , aku ikut je lah . Yelaa , dia baru first time bawak motor datang sekolah . So , alang kepalang bawak laa aku ni gi jalan jalan jap .

Yelaaa , aku ni mana penah naik motor dah . Kali terakhir naik motor pon time aku form 2 tak silap . Lama tu beb . Kalau ada anak tu , da pandai cakap " MUMMY BUSHUK " dah . Haha . Aku tak naik motor sebab encik ayah tak kasi . Itu pon naik motor takut takut je weh . Yelaa , kung terserempak ngn encik ayah kung . Kan susah ? haha

Then yang si zati ni bawak motor tak reti nak tengok kiri kanan . Melulu je . Haihh . Tadi kitorang almost nak accident . nasib baik aku suruh dia cepat cepat berhenti . Kalau tak , makan free laa korang malam ni . haha . Then , kitorang sakat budak budak sekolah rendah balik sekolah . Time tu budak budak tu pakai baju uniform Tunas Puteri lengkap au . Yang si zati ni pulak pantang nampak budak pakai baju uniform teros jerit kat budak budak tu .

" KIRI ! KANAN ! KIRI ! KANAN ! "

Dah laa time tu tengah bawak motor , sempat lagi sakat budak . Budak tu pandang semacam je kat kitorang . Dalam hati budak tu mesti kata macamni " Ni mesti ENDON ==" haha . Dah la time tu aku pakai T-Shirt Pandu Puteri , lagi lah malu . Haha . Tapi apa apa pon aku happy jalan jalan dengan kau weh =')

*********************************

Sampai je sekolah , teros bagi anak anak Gaza ni makan . HAHA . Aku dengan Zati beli lah cikedis untuk dorang time dekat Smiles tadi . Then , kitorang share lah sama sama sebab Sharing is Caring right ? haha .

Sambil sambil makan tu , boleh lak budak budak ni buat lawak . Sumpah ! Bising gila canteen time tu . haha . Kitorang conquer kot . mane tak bising ? Buat lawak sampai panjang menjela jela . Padahal kitorang start pasal "BELACAN" je . Kitorang melalut sampai " AYAM GILIS " lah , " AYAM PENYET " kat Giant lah . Macam macam lagi lah . Actually , panjang gila citernya . Tapi aku ingat tu je baru . hahaha . Budak budak lain pandang slack je kat kitorang . ADE AKU KESAH ? haha

Pastu , kitorang chaw gi surau . Dalam surau pon jadi nak bergurau lagi . Haiyoo =="
Mana taknya , si Mariah Carey ni , gi bubuh minyak wangi kat stokin dia . Pastu , cara dia bau stokin dia macam stokin baru keluar dari kilang . Perghh , dia ingat wangi ? hahaha . Weh , kau memang kelakar Carey .

Then bila da taruk kat stokin tu , boleh pulak sapu kat karpet surau . Dah lah karpet surau bau ACEM . hahaha . Pastu dia buat muka , macamane orang takde gigi bercakap . Lagi laa terok =="macam onyang aku pon ada . haha .

Okay , aku citer sampai sini jela ek ? Hujan tengah lebat weh . Sedap gak kalau guring nih . hehe . Bye !

Yang melalut ,
Zati , Alya , MC , Anis , Zack , Lyna , Tas , Ell ngn Mai

June 29, 2010

G+

Result PPT aku memang macam BVTYEDRFHIOJO ! *aku tak mencarut okay . Dulu time zaman prasejarah Form 1 , 2 , 3 . Budak budak ni mesti tanya , " Berapa riban A da kau dapat ?"
Ak elaahhh weh ! tu zaman budak budak tak matang je tanya soalan camtu .

Kalau budak budak dah matang soalan dia agak mencabar sket . Kiranya nak jawab macam agak gagap sket plus mengugat iman aa . haha . Macamni , " G+ dah berapa ? " . Haa ! Nampak matang bukan ? haha . *menyampah !

Aku bersyulur laa sangat weh , Form 4 tahun ni takde , ape orang panggil tu "Hari Report Card Sedunia ? " Alahh , yang panggil mak ayah datang sekolah , tengok result anak pastu kalau ade banyak dapat G+ kena cubit kat situ gak ataupon parents cakap macamni kat situ ,

" Tu lah dia ! online 24/7 sampai belajar pon lupa ! Cikgu bantai je anak saya dengan rotan , kalau dia tak siap homework cikgu ! "

Dengan sambil buat muka bengis then kalau si ayah tu ade misai macam Sarjan Lim yang misainya lontik tu , Perghhhhh , terkincit kat situ gak . haha .


*************************************
Nah laa amik lah result aku nih . Tapi aku bgtau gred je lah ek ? Sekarang trend mane kasi tau markah , orang main gred je lah . Baru lah macam OMUTEH sket :)

Bahasa Malaysia : C+
Bahasa Inggeris : E
Mathematics Modern : C
Agama Islam : B+
Sejarah : E
Add Maths : G+
Physics : G+
Chemistry : E
Engineering Drawing : A-


Amacam ? Hebaq bukan ? Seriously , ni first time seumur aku hidup 15 tahun 6 bulan 23 hari , aku dapat G+ . Mula mula memang nak sedih tapi fikir balik normal laa tu . Baru nampak matang kan bila ade merah dekat report card ? Takde lahh asyik warna biru or hitam je . Tak Best ! Haha .


Renung renungkan dan Selamat Beramal :)

June 27, 2010

Engineer Menang !

HAHA , Okay . Haritu aku dah citer pasal macam mane aku masuk kelas 4 Sains Tulen 2 , macam mane perangai budak budak kelas tu , ape yang aku buat sepanjang duduk kelas tu , and nak tahu lebih lanjut sila scroll down ke bawah ya ? Hehe .



And today , aku nak citer kelas 4 Engineering Drawing atau lebih dikenali dengan 4 LK telah memenangi hati ku ini dan ia telah menjadi PO-JA-AN-HA-TI-KU ! Cut ! haha .







Kenapa LK ? Kenapaa ? Why ? Who ? What ? Where ? Haa , kau ! Kesemua tanda tanya dan persoalan yang ditanya oleh makcik makcik dan pakcik pakcik dalam kelas 4 ST 2 time hari before aku nak blah dari kelas tu . And aku just jawab



" Aku TAK SUKA BIO ! " haha . senang kan jawab macamtu ? Cepat , Tepat , Padat ! haha .



Okay , Aku suka sangat dengan LK . Kenapa ? Sebab subjek tu tak berkait langsong dengan sains . Lain laa BIO , semua Sains , Sains and Sains . haha . Subjek tu dia more to Maths and I lOIVE Maths .



Total budak dalam kelas ni sekarang ni , dah mencecah 30 students . Ramai tu wehhh . Tak penah lagi dalam sejarah SMK BBST , students LK sampai cecah 30 . Paling koman pon belas belas or 20 lebih je . haha . Batch kami paling ramai . Yang membuat kan ramai budak dalam kelas ni ialah budak lelaki je . Perempuan 10 orang je weh . Haa , kalau lelaki , pandai pandai hang pa laahh kira la weh . haha



So if budak lelaki dah 2 kali ganda dari perempuan , al-walmaklum lah , diorang laa yang conquer kelas tu . Cikgu kata budak perempuan dalam kelas ni BAAAIKK je . Dengar je cakap cikgu . wakaka . Aku memang suka statement cikgu ! HAHA



Budak lelaki dia ? MasyaAllah ! macam beruk tau tak ! Mane taknyaa . Semua budak PNB lelaki ade kat situ . Semua pemalas nak belajar bio . haha . Betol weh , da macam zoo pon ade budak dalam kelas tu . Budak budak lelaki ni dorang suka lagu " Diam-Diam Jatuh Cinta by Ramlah Ram ". HAHA . Takpon " ALLAH Maha Melihat by Cikgu Melly " *cikgu maths kitorang . haha .



Budak budak ni TAK SAH kalau sehari tu tak gelak . Mesti ade je jokes diaorang . Yang aku ni lak tak boleh dengar orang buat lawak . Confirm gelak besar laa weh . haha .



Then , budak budak kelas ni pulak jenis tak makan saman langsong . Macam ade haritu , ade cikgu disiplin ni masuk then marah marah budak kelas kitaorang *lelaki je okay . Pastu , cikgu tu tawaf laa dia . Time tu muka budak kelas aku tu baik je . Kiranya hormat lah kan . Then bila cikgu tu keluar je dari kelas tu , budak budak lelaki ni , terus ikut gaya cikgu tu tawaf . Sumpah ! Kelakar gila dorang buat . Dengan pegang penyapunya lagi . haha . Haiyoo LK LK =="

To 4 LK : Korang Buat Aku Gelak Sampai Nampak Gigi , Lidah , Gusi , dan sewaktu dengannya =B



Okay okay sampai sini je lahh aku citer pasal kelas LK yeh . Jari malas nak menetaip . Nanti ade masa aku citer lagi pasal budak kelas aku . Chaw !

June 25, 2010

Doctor VS Engineer

Assalamualaikum , Oh Hello :D

Tajuk atas tu ade memang ade mengena sikit dengan entry aku yang nak citer sekarang ni . haha . Tapi versi yang peringkat sekolah je lah . haha

Awal tahun haritu , cikgu letak aku kat dalam kelas 4 Sains Tulen 2 . Perghh , time aku dengar je cikgu umum kan nama aku masuk kelas tu dah nak menangis pon ade *terharu dapat masuk kelas sains . muahaha . Gembira pon ade * geng kepala mereng ramai kat situ . TAK SUKA pon ade *sebab I HATE BIO ! hehe . Bukan apa , aku daripada form 3 lagi memang nak sangat masuk kelas Lukisan Kejuruteraan . Tapi nak buat camne ? da jodoh kat situ . haha

Actually , aku bengang dengan subjek dia je , BIOLOGY ! HAHA . Cuba kalau cikgu tukar subject kelas tu Engineering Drawing . Confirm tak nak keluar dari kelas tu pastu letak gam UHU kat punggung . *punya laa semangat taknak blah dari kelas . Rehat pon sekali kerusi dibawak bawak nya . okay tu tipu .

Students dalam kelas tu ? Perghhh , terbaik kot ! Lelaki , Perempuan sama je . Dua dua sama jantina , sama kepala . Sampai tak tahu mane lelaki mane perempuan . Kunza maybe . hahaa. One MALAYSIA ! *tiba tiba je =="

Budak budak dia happening gila kot . Bila cikgu takde je , apelagi , girls girls yang kat belakang *termasuk aku . Bajet tinggi ==" Buat konserto Super Junior kat belakang . Tapi nyanyi lagu Siti . haha . *jerat percintaan . my favourite ! haha . Aku selalu berduet dengan izzati kamsani . Perghh , bila kami bergabung , MELETOP ! AHH !

Pastu , kitaorang ni memang kaya dengan bergosip . Lebih lebih lagi budak belakang . *belakang lagi ==" setiap sorang mesti ade gosip gosip yang the latest . haha . Ngek kan ? Bukan reti nak belajar budak kelas ni .

Benda yang WAJIB kitaorang buat setiap hari ialah TIDUR ! haha . Subject yang sunat kitaorang tidur or tiba tiba nampak subject tu da nak start is Bahasa Malaysia ! haha . Betol weh , aku kan kalau nampak je cikgu tu da masuk , automatically mata terus sepet , otak fikir tidur , tangan ke depan , then terus belayar and mimpi aku kahwin dengan anak raja . *Ceh ! perasan ! haha

Aku duduk kat dalam kelas tu 3 hari je weh , tapi kitorang punya erat persahabatan tu rase macam da bertahun tahun kat dalam kelas tu . The best moment yang takkan aku lupakan time kita semua kena kemas kelas dalam erti kata lain hari menceriakan kelas :')

Semua time tu happy je , buat sama sama , gunting sama sama , tampal sama sama , terpegang sama sama , Eh eh , terlepas sudah ! haha . Time 'dia' tolong gantung langsir tu rase macho gila dia ohh time tu , Pastu kami bergurau senda . Ecehhhh ! hahaha .

Oh oh ! budak budak yang duduk belakang yang aku ingat time tu ,
Izzati , Peah , Alya , Diyan , Mai , Ieka , Lyna . Tasnim dengan Faiqah memang duduk depan tapi suka berhijrah ke belakang . haha

Budak budak lelaki yang bajet bajet macho badan tough yang aku ingat ,
Nik , Radhi , Aiman , Sam , Azim , Shaukie , Epi , Zul , and our class monitor , erkk erkk , lupa laa nama dia . hehe .

Overall , kelas ni TERHEBAQ ! TERBAIK ! TERBISING ! TERHAVOC ! TERBLUE NUM ONE ! *kami budak bio . Takpe . Budak lain tak boleh . AND TERTIDUR ! HAHA

To 4 Sains Tulen 2 : Aku happy gila dengan korang =')






Muka kantoi pura pura study



next time aku citer pasal LK okay ? Adios !

June 22, 2010

Yeayhi !

Ho Mai Goat ! Ho Mai Goat ! Ho Mai Goat !

Semalam , time bukak sekolah rase best gilaa ohh . Punya excitednya sampaikan malam before bukak sekolah tu , aku langsong tak boleh tidur . Almost nak pukul 4 PAGI camtu baru rase ngantok . haha . Punya lah terok .

Then , bangon pukul 5.45 pagi camtu . Punya lah semangat ! hahaha . Pastu time tengah nak siap pakai baju sekolah tu kan , rase lain macam gila bila pakai baju sekolah . Cehh ! Baru 2 weeks kot cuti . Da rase macam bertahun tahun tak sekolah . Haha .

Sampai sekolah , terus muah muah mak datin dengan nyah nyah aku kat dewan . Aww , rindu gila kot :')

Yelaa , rumah aku jauh dari kawan kawan sekolah laa katakan . So , rindu rinduan , kasih kasian da sampai tahap impak maksima sudeh .

Pastu time assembly , aku duduk depan sekali , tak tak , kedua depan . haha . Ape lagi , nyah nyah se-Malaysia mulalah operasi bergosip di pagi hari , ade yang citer pasal artis korea ==" *ni aku ade menyampah sket . Haha . Takdelahh . Garau senda sahaja . Then , ada yang sesi kutuk mengutuk . Haha . Pagi pagi da buat dosa . Ciss ! Teruk ! HAHA

*******************

Aku pon rindu gila gilos dengan budak budak kelas aku sebab dorang tersangatlah happening habis , otak semua gila gila susah gila nak tengok kitaorang serious melainkan time cikgu BM masuk . Itu pon kadang kadang tak makan saman gak kitaorang =="

Oh ! Oh ! Oh ! Ade budak baru masuk kelas kitaorang . Lelaki lak tu . 2 orang lak tu . haha . So , meningkat lah lagi jumlah budak kelas kitaorang . Da jadi 30 students . Fuhh ! Dasyat kot . Mane taknya , batch batch kelas LK before ni mane pernah sampai berpuluh puluh camni . Selalunya belas belas je . So teruna ade 20 orang , yang dara pula 10 orang . Apelagi , dara dara sekalian korang dapat sorang 2 okay ? Adil dan saksama *winkwink