December 29, 2010

Laser Punya Pasal

Assalamualaikum.

OHMAIMAIMAIMAIMALAYSIA! Sumpah, terer gila korang. Aku tabik sprrrrring!


And aku ucapkan tahniah sebab menang match tu and TAHNIAH juga ye sebab dah berjaya menambat hati aku untuk tengok bola. Ya, for the first time aku tengok bola dengan penuh kusyuk dan hati aku dup-dap-dup-dap bila si indon tu bnyak kali nak try masuk goal kita. Haha


And and ada satu part lagi yang aku paling berkenan. Okay fine bukan kau sorang je nyah oi. Semua gadis gadis di desa mahupun ibu ibu bapak bapak yang nak cari menantu pun tengah mencari "dia".



Siapa dia? Hihi. Okay, aku dah gelak gatal namanya.





Alahaaii apek molek oii ♥



Nampak tak persamaan rumput dengan rambut dia? Wakaka



Rambut sekarang lagi style kot. Hihi


Ok. Bye!

December 26, 2010

Cha Ini Sudah Lebih

Dulu, time zaman aku form 2 tak silap. Cikgu ada offer aku dengan member member yang lain jadi QM kat MSSD rasanya. Aku pun terus terima lah offer tu kan. Yelah, best kot skip sekolah 3 hari.


Tapi nak taknak kau kena duduk stadium tu dari pagi sampai ke petang la. Then, demi menjaga muka ni dari burn aku pun tempek sebanyak yang mungkin sun block! Tapi resultnya still burn jugak muka aku sebab MUKA-AKU-MEMANG-MUDAH-BURN. Sampaikan kau dah tak boleh nak beza mana satu aku dengan keling athletic tu. Heh


Tapi banyak kebaikan duduk situ selain melepak, bajet bajet jadi athletic jugak and tolong orang. Alah, korang paham paham je lah kan. Athletic ni ramai hansem hansem, omel omel, tinggi tinggi kan? Tapiiii kena tahan bau peluh dorang la. Acem, bacin, tungkik semua ada. Hamik kau. Pakej lengkap 3 hari 2 malam. Tapi takpe, peluh peluh pun kita suka. Wakakaka


Then, cikgu tugas kan aku jadi apatah namanya. Macam runner jugak lah. Aku kena amik result tu dekat judges then kena bawak naik ke stadium bagi kat cikgu. Naik okay naik. At the sametime, kau kena lari naik tangga sebab kena cepat. Perghh, memang keting kau akan nampak unggul la lepas tu. Serious memang penat.

Pastu, time kitorang tengah set up barang sambil borak dengan 2 orang coach ni. Sorang india, sorang melayu tak silap. Dua dua lelaki perut roi roi. Okay, reject. Then, tiba tiba yang india tu tanya kat kitorang.

" Korang ni form berapa?"

"Form 2 cikgu."

" Kau pun form 2 ke? *sambil tunding kat aku"

" Huh? Saya? A'ah. Saya form 2. Kenapa cikgu? Haha"

" Saya ingatkan kau ni, darjah 5 6 macam tu."*muka serious

" WAKAKAKAKAKAKA" *member lain semua gelak.

" Hina sangat ke saya ni cikgu. Haha"

" Serious, memang nampak mcm budak sekolah rendah. Bagi IC kau"

" HAHA. Betul cikgu. Saya form 2. Cikguu nihh"

Malas cerita banyak. Aku terus blah dari situ. Nak je aku balas balik kat coach tu.

Cha, agak agak anak tu bila nak bersalin? Heh

December 21, 2010

You're My Patrick

I really really really miss our friendship kiddey, seriously.

December 19, 2010

Mari Kita Berkhatan Oi!

Maaf atas tajuk yang agak lucah ye tapi takpe, baru first time kot aku buat entry gelimat sikit. Haha. Kali ni je. Hihi. Nyanyi sikit lagu potong. "Potong!~ Potong!~ Potong!~" Haii, teruja betul aku nyanyi lagu tu. Wakaka


Bukan apa, cuti sekolah en? So, automatic akan belambak kat kawasan rumah korang or even dalam rumah korang sendiri pun akan ada kaum adam yang mana baru nak kenal dunia on the way nak berkhatan. Even kat klinik klinik dah ada pun promotion bagai nak rak pasal berkhatan ni macam ada sale untuk SK II je. Heh. Then bila aku jumpa mr google aku terjumpa ni.


Gerun bhai tanya soalan macamtu


Actually, seram sejuk je aku nak google tadi. Takut benda apa haramjadah nanti keluar. Wakaka


Okay, kita terus ke point aku sebenarnya. Haha. Itu baru mukadimah. Heh.


Kenapa lah kan, asalkan seseorang kaum adam ni berkhatan je mesti ada jeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee orang nak bagi duit?! *jeee yang agak panjang menunjukkan jealous yang agak mendalam ye. Tak faham lah aku. Apa kaitan duit dengan potong? Okay sopan sikit. Apa kaitan duit dengan berkhatan?


Okay, setengah orang kata dah itu adat melayu asalkan berkhatan bagi duit. tapi aku still tak faham. Dah la bagi duit sampai beratus ratus.


Bayangkan, satu family paling koman si bapak bagi dalam RM20 then yang maknya pun taknak kalah bagilah dalm RM50. Kau bayang kan kalau dalam sehari 3 4 family datang rumah semata semata nak tengok si budak tu dah masuk jawi then bagi lagi. Tak ke kaya budak tu? Eh makcik, eh pokcik. Budak budak tak elok pegang duit banyak banyak okeng.


Ni haa, tukang yang dok ketuk lutut tu bila kebas, bila time tekak tu nak air milo tabur, bila nak air strawberry campur kicap la. Macam macam lagi. Belum campur yang tiba tiba mengidam, memang kaki kau aku lipat 4 lah jawabnya. Sepatutnya orang tu lah yang dapat duit taww.

*Nampak sangat ke aku jealous?*

December 13, 2010

Cair Bhai

Hai kakak GeWdIks and abang reWmPitS!

Okay. Itu salah satu contoh ejaan budak budak baru nak up ataupun budak budak yang baru nak kenal dunia. Heh. Please lah weh, sakit mata akak ni nak membacanya.

Aku ni bukanlah peminat setia cerita korea sampaikan ikut gila dia punya perkembangan, pengecutan and whatsoever lah kan then sampai sanggup belajar bahasa korea. Okay, lantak korang lah. Janji korang jangan nak mencarut depan aku guna bahasa korea sudah. Memang kakiku melekatmu dimulutmu lah jawabnya. Heh.

Tapi ada satu actor korea ni yang aku memang minat gila babai lah. Dia je kot yang aku kenal.

LEE MIN HO ke LEE MIN HOO? Apa beza ada dua O? H2O? Okay lantak yang penting dia handsome bangat dong.



Alololo, tomeinya. Gewam gewam. Wakaka


Nampak tak gaya dia time dia call aku? Cukup COOOOOOL! xD




Senyuman, Mata dan Rambut ♥

Gigit kuku tu style okeng ;)

Anyway, seramai mana pun artis korea tu masuk. Dia tatap menjadi-pujaan-hatiku! Acehhhh. Wakaka


December 12, 2010

Mai Dekat Mai Dekat

Hey! You know what? Ada something yang selama ni aku tunggu gila gila gila gila gila gila gila gila babai lah. Nak tahu? Jeng Jeng Jeng
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
LAGENDA BUDAK SYAITONS!

Lama bhai aku tunggu citer ni. Nak tengok kat wayang, member dah tengok so tak sedap la en. So, aku nak pi tengok kat tv. Abang Riri I dah tunggu . Babai!

*Fine, aku memang kecoh -____-"

December 7, 2010

I Loikee!

Wuhoooi People! *bajet macam satu dunia baca blog aku je. Wakaka

So, what's down? Oh maybe left? Tak tak. Sudah zack sudaaaaah. Cuti ni apa bikin? Kalau yang masih belajar ataupun senang citer PELAJAR HARAPAN SEKOLAH sila belajar dengan tekun ye dan yang sedang bekerja sila kerja dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab untuk mendapat masa depan yang cerah. Bila dah selesai usaha, korang boleh ukur kecerahan masa depan korang dengan menggunakan pengukur kecerahan Garnier takpun Fair & Lovely. Semoga berjaya!

Cuti tahun ni aku rasa hambar gila. Mana taknya, duduk rumah je. Then bukak kilang selulit kat dalam badan sendiri. Sampai dah padat dah. Niat nak bersenam tu ada tapi asalkan nak joging je hujan. Asalkan hujan je mesti aku tak joging. Yelah, joging dalam tidur best woh kalau time hujan. Feel gila. Pastu selimut confirm kasi tutup sampai habis. Jadi kak chong la aku. Wakaka.

Aku tak faham lah, kenapa kalau nak kurus nak kena bersenam? Boleh tak bersenam tu jangan melibatkan kena lari lari ke turun naik tangga ke senang citer JANGAN MELIBATKAN PUNGGUNG TU BERGERAK? Cubalah cipta senaman macam ambik strawberries pastu celup dalam chocolate then ngappppp masuk mulut. Takpun potong chesse cake ambik garpu and again ngaaaaaaaaaaaaaappp masuk mulut. Haaa! cepat, senang, dan mudah kan?

Dan oh ya, semakin hari otak aku semakin kusut dan aku tak jumpa lagi zack dinot dalam diri aku. Ya Allah, tolong kembalikan hambamu ini macam sediakala. Diri dia yang sebenar. *Amin*

Salam Maal Hijrah To All Muslims =)

December 5, 2010

Bila Dapat Kahwin Ni?

HAHA. Geli kan bila dengar title macam tu? Mesti korang semua dah pikir "Budak ni tak habis SPM lagi dah pikir pasal kahwin? Gatai Nohhh!! Tak padan dengan badan kecik!" Haha. Lantak pi mai lah korang nak pikir macamtu. Aku punya suka dong. Eh hello? Bukan apa dari sekarang lah kena pikir masa depan. Fikir je okay. Bukannya apa pun. Just merancang =) heh heh

Haluu haluu zack, CALON SUAMI? *perlu ke caps lock? -_____- Calon? Entah? Itu tak penting. HAHA. Okay, terserlah kebodohan aku disitu. Heh

Sebab kenapa aku nak kahwin? Mai aku habaq sikit ;)

*Ekehem*

Dunia Dah Nak Kiamat

Cehh, betul betul jauh aku pikir. Haha. Tapi betul kan? Dunia kita ni dah nak hampir dengan akhir zaman. Banyak kot tanda tanda kiamat kecil. So, kena cepat cepat kahwin

Elak Dari Berzina

Haa, hamik kau. Zina tu. Maksiat tu. Terus teringat lagu Ana Raffali yang "Boleh pandang pandang~ Duduk rengang rengang~ Bertambah sayang~" Haha. Bila dah kahwin lantak ekaulah nak buat apa. Tak gitu? Hee

Babies

LOVE THEM. Okay, bukan bab* tu eh. Itu yang hiok hiok. Tak mo tak mo. Ini yang baby "Ala ala mucuk tomei, meh kat mummy eh. Haiyyakk" *jangan kejam sangat. Haaa, baby lah. Comel kan dorang semua? Tapi bila dah besar perangai macam hampeh. Haha. Bukan apa, jealous gila tengok kakak kakak sedara ramai dah kahwin and they have their own babies. Tapi part yang tak bestnya, anak anak dorang kena panggil aku "MAKCEKKKK". Eh, I muda lagi okay. Panggil K-A-K-A-K. Haa, omel gitu. Haha.



Nampak tak ada naluri ibu disitu?


Ni Rayyan. Alolo tomei kan? Pipi londeh londeh. Makcik Gewam lah ><


Okay, ni satu masalah nanti


Berangan je tu. Haha. Lambat lagilah masa ni nak sampai. SPM-Uni-Kerja-And Yeay! Haha. Anyway, serahkan kerja ni kat Allah ya zack. *baik baik*