January 22, 2011

Our Last Project

Gotong royong class =)


HAHA


Hannan Hainan


Budak pandai mesti buku ditangan selalu. Haha





Over betul aku -____-"


Otai je tas. Haha






Brunong Mars


Cukup sopan Ali. Cukuuup sangat


Ape tu faieeeyyyyy



Baldi kesayangan zul



Acah acah vampire la tu




Suami Kak Limah






Omels






Kiko jadi aww aww



5 Sains Tulen 1, 5 Sains Tulen 2 and 5 LK. Best Gilos!

January 21, 2011

Unpercayai

Ho mak kau. Seminggu lebih tak update blog. Hebat. Sorry mak busy *jawapan untuk blogger yang pemalas. Haha

*Skip*

Okay, sabtu haritu ada Mesyuarat Agong Kukur. So macam biasa unit uniform still setia okeng dari form 1 sampai dah tua bangka masih Pandu Puteri tetap dihati. Kelab pulak terpaksa tukar ke Teknologi, Inovasi dan Rekacipta sebab aku budak LK. Kalau tak before ni aku budak music. Takpe bye music and bye cikgu mulut bising. Wakakaka. If ada problem ke nak idea ke pasal music, panggil je aku. Aku sedia membantu. Aceh ayat! Permainan pulak aku murtad pi masuk boling tenpin. Asalnya nak masuk futsal but bila tengok line nak register nama. Fuhhhhlaweyyy! Boleh singgah fadhiya kot pekena roti kaki cicah kuah dal.


Pastu nama aku tercalon untuk jadi pengerusi Pandu Puteri and aku dapat jawatan tu. Alhamdulillah. But Ya Allah hanya tuhan je tau perasaan aku lepas tu. Memang kena bahan habis lah. Mana taknya, time cikgu Rosnani nak kenalkan aku kat junior junior, member semua dah pakat cakap " MANA? TAK NAMPAK PUN PENGERUSI KITA? " Then, cikgu suruh aku diri atas kerusi kantin sebab aku kecik sangat T.T


Anyway thanks sape yang undi aku time haritu and tolong doakan tahun ni punya PP kena gempak and sangat sangat perlukan kerjasama dari korang ye juniors and members. Tapi aku rasa, sarah lagi layak jadi pengerusi sebab dia banyak pengalaman. Aku ni selalu terlepas nak berpengalaman. Mana taknya, asalkan nak ikut program Pandu Puteri je aku ada hal. Haih. Sabo je lah.



Tabik zapin namanya

Dengan Cikgu Marziean. Vogue tuh!








January 10, 2011

Eh Hello Kami 17. Kau?

Ya a'aww! Today birthday kawan kawan kiteww. Dorang dah 17 tahun dah harini. Kitew jew tewkk. Shedeww shedew *EUW


HAPPY 17th BIRTHDAY ANN RAZALI!


Dia comel dan manis macam aku. Wakaka

ANDDDDDD the second one is

MAISARAH SHAHARUM

HAPPY BIRTHDAY MAI!


Mana yang paling pendek itulah dia.

Ni den nak koba sikit kat ekau berduo ni.

  • Semoga dipanjangkan umur
  • Dimurahkan rezeki
  • Mendapat keputusan cemerlang SPM nanti
  • Never give up
  • And beware of dog

Even kita tak se-class but aku still ngam dengan korang. Untuk mai, janganlah selalu nak buat experiment taekwando kau kat aku. Dah sengat sengat badan dah ni. Haha anyway aku tetap sayang kau. To ann, kita kawan dah lama gilaaa. Aku sayang kau macam kakak doe.

Memandangkan aku tengah kesuntukan masa gila babai. So just wish yang pendek ni je yang aku sempat buat khas untuk korang berdua. Boiboi :D

January 8, 2011

It's True

Orang akan kenal aku dengan budak yang gelak je memanjang. Takpun senyum kambeng bek bek dan kadang kadang try nak senyum tak nampak gigi tapi tak boleh jugak sebab gigi depan kau besar zack. Mesti nampak jugak gigi arnab kau. Ok, cukup kutuk diri sendiri zack. Baik.


Pastu bercakap jeeee kerja. Sampaikan kadang kadang tekak aku kering sebab gelak plus cakap cakap dan cakap. Then, aku kadang kadang suka citer terbalik balik. Maaflah. Perangai ni memang susah nak buang dalam diri aku. Haha.


TAPI ada satu lagi perangai aku. Ni lagi susah nak buang. Serious.


Aku malu gila dengan junior junior bawah aku. Ya. INI-SERI-OUS. Tu kadang kadang junior pandang aku kerek lah, sombong lah. Actually, tak ya adik adik. Akak yang malu sebenarnya nak berdepan dengan korang.


Yelah, korang ni ramai yang cantik cantik. tinggi tinggi, pandai pandai so aku agak segan nak tegur korang sampaikan korang yang first tegur aku. Aku ni pulak tegur jenis senyum jeeeee.


Kadang kadang tu aku sampaikan taknak terserempak dengan korang. Serious segan. So maafkan aku if korang nampak aku ni sombong ke apa ke. Tapi bila kau(junior) dah kenal dengan aku confirm weh aku buat kau macam kawan sebaya dengan aku.


Time tu lah baru kau nampak aku gelak tak hengat dunia sampai tak perasan ada sisa cili terselit kat gigi bekas makan sambal kat kantin tadi. Haha.


So rajin rajin lah tegur aku sebab aku penyegan orangnya lebih lebih lagi dengan junior. Tapi aku pelik, kenapa dengan mak orang hamoi hamoi bukan main rancak kau berbual zack sampaikan mak orang lebih ingat aku banding anak dia. Haha. Cet.




I ada satu je gambar rempit. Jangan risau.

January 7, 2011

Salah Port

Jerawat? Apa itu jerawat? Agak bodoh la kan if korang tak tahu jerawat tu apa. Maaf, kurang pandai. Okay lah memandangkan korang semua ni anak omuteh aku nghoyak la sikit. PIMPLES lah you all? Dah faham dah? Memang mengada.

Time aku first time ada jerawat memang teruja sebab boleh tayang kat kawan kawan then cakap KAU TENGOK KAU TENGOK! AKU DAH ADA JERAWAT. KAU ADA? AGAK AGAK IF KAU JAUH BEBERAPA KM BOLEH NAMPAK TAK YANG AKU DAH MATANG? Heh. Teruk betul perangai.

Tapi bila dah masuk alam menengah atas, aku sangat sangat berharap jangan lah jerawat ni naik kat muka aku. Jaga muka nyahh. Nanti macamana nak cari calon suami? Semua lari mencanak karang time interview nanti. Wakaka

Ni nak habaq lagi ni. Jerawat kat pipi ke kat muka lah senang citer kan memang boleh diterima lagi. Yelah picit je then cepat cepat bubuh aloe vera. Terus hilang.

Port ni yang memang paling aku tak tahan. Tau lah nak selindung tapi agak agak la bro. Gua yang tahan kepedihannya so gua la yang rasa. Kat mana?




DALAM HIDUNG



Serious. Jerawat kalau dalam hidung sumpah sakit lagi lagi kau jenis pagi pagi hacumm memanjang. Perghhhhhh, sakitnya tak terkira. Baru sentuh manja manja sikit. Haa kau. Effect dia hanya Allah je tahu.

Ok lah, aku tengah nak pikir macamana nak hindar kan lubang hidung daripada berminyak. Bai :D

January 6, 2011

Hanis Zalikha?

Okay. Hanis zalikha dengan aku memang takde talian blood yang sama ke or apa ke. Tapi mak dia dengan mak aku bagi nama anak yang seakan akan nak sama. Zack, kembali ke pangkal jalan. Ok.

Actually, nama tu gabungan nama aku dan BEST FRIEND aku. Esok birthday dia. Mai aku citer banyak pasal dia. Okay, maybe tak banyak sangat. Nanti penat korang nak membaca.


  • Aku anggap dia macam kakak. Serious, perangai macam kakak. Tu lah, lahir awal sangat.
  • Kenal dia dari Form 1 and kitorang every year class confirm sama. Sehati sejiwa lah ;)
  • First pandang macam cina. Second pandang, anak bangla mana ni? Wakaka. But serious dia memang lawa cantik kau memang da bom roti boom.
  • Pembekal tissue yang terbaik lagi berkualiti
  • Lepas makan nasi lemak ada satu tabiat kitorang. Hihi. Sangat sangat menggelikan.
  • Makanan dia makanan ku juga. Makanan ku tetap makanan ku.
  • Muka nak kanak kanak riang je.
  • Sejak Form 4, dimana ada dia. Disitu ada aku. Hee
  • Anyway, aku SANGAT SANGAT SAYANG DIA walau apa pun perangai dia :D

HAPPY 17th BIRTHDAY

NURSARAH HANIS BINTI ROSDIN

Oh, ada sorang lagi yang sama tarikh

Happy 17th Birthday too Aina Zainal Rashid :D

Wajib Tayang:


January 3, 2011

Segalanya Bermula Disini

Hey cha! Bertemu kita lagi :D

Harini first day sekolah untuk tahun 2011. Yeah mann, keterujaan, kemerengan, kesemangatan semuanya adalah senang citer. Punyalah semangat sampaikan malam tu tidur lambat. Tak cukup dengan tidur lambat, boleh pulak berangan sambil nyanyi sementara tunggu mata nak layu. Nyanyi lagu KOREA pulak tu. Daim. Sumpah lama. Dah tu bangun awal around 0530 macam tu. Tak cukup semangat lagi. Hamik kau, keluar bilik air mengigil ngigil.

First day sekolah kan? So, tahap keterujaan tu menyebabkan aku datang awal. Ok, sangat teruja. Dah sampai sekolah, aku dah target confirm aku akan jadi bahan. Ya. Memang tepat. Mula mula, Effa dari jauh dah pandang aku mana taknya harini kebiruaan je. Cet. Geli mak.

Then, pergi kat budak budak ni. Tas sangat tekejut dengan perubahan aku sampaikan dorang panggil aku adik? Apa kau ingat aku budak tadika kemas? Cet.

Pastu chaww pergi DP. Mana taknya, cik mario dah bising bising suruh beratur pergi sana. Dah lah bising, tak cukup nak sebut jugak " Ni apa ni? Pengawas pun still ada kat sini?" Aku pun -______________-

Time assembly, cikgu asyik focus kat budak form 4 dengan form 3 je. Aku dah menyirap. Yelah, form 4 sebab keputusan PMR dorang agak membanggakan. Aku tengok beza result PMR time aku dengan budak budak ni lebih kurang je. So, tak payah bangga sangat. Wakaka. Then form 3 pulak tak habis habis dengan Cekal-nya, Budi-nya, Yakin-nya. Sumpah, nama class macam kanak kanak riang di tv satu.

First day dah belajar. Nasib addmath je. Dah la aku amik port depan gila sampaikan kalau cikgu diri depan aku, confirm kepala, tengkuk semua sakit sebab kena donggak memanjang.

Dan first day jugaklah ada ORANG curi kasut aku. Sesiapa sila terasa. Kaki aku macam panas pakai kasut tu so aku bukak lah time belajar. Entah macamana, sebelah hilang. Tambi mana lah curi. First day dah buat awok dengan aku. Nasib aku penyabar orangnya. Wakakaka.

Ok, bye. Blogger kata pergi, Score A kata mari. Gerun mak.

January 1, 2011

Syukur Still Hidup

Ya, alhamdulillah. Aku still hidup harini. Dapat aku merasa tahun 2011 =)
Aku tak lambat en nak wish kat korang? Yeahh man.

HAPPY NEW YEAR!


and


HAPPY HARI LAHIR!
to ZACKDINOT


Actually, dah belated dah pun. Haha. It was on yesterday. 31 December. Kesian kan lahir lambat? Batch aku semua dah SWEET 17 but aku still 16. Takpe, mak muda nokkk! Haha.
Tapi aku still bersyukur lahir on that date. At least aku dapat merasa keindahan dunia.

Dulu time kecik kecik selalu pikir tak suka gila lahir lambat. Yelah, semua orang boleh buat birthday party kat sekolah. Boleh tunjuk kek bertingkat korang. Boleh dapat banyak gila hadiah dari kawan then paling koman dapat duit dari cikgu. Wakaka. Pastu nanti boleh pakai mask bulu bulu tu. Tiup belon sini sana. Then ada some activities. Haha. Itu pikiran aku time tak matang lagi belum baligh lagi. Haha.

Tapi actually, aku memang nak sangat sambut birthday dengan kawan kawan aku. Memang itu hajat aku tapi nak buat macamana hajat tak kesampaian. Hihi

Aku pun ada azam. Banyak. Tapi paling penting 3 ni
  • SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM
  • STUDY DENGAN TEKUN
  • DENGAR CAKAP PARENTS


Anyway, jangan tanam je azam tapi tak reti bubuh baja dan siram means USAHA la weh!

p/s: Thank you so much sebab wish birthday aku walau dimana jua anda wish ♥