January 3, 2011

Segalanya Bermula Disini

Hey cha! Bertemu kita lagi :D

Harini first day sekolah untuk tahun 2011. Yeah mann, keterujaan, kemerengan, kesemangatan semuanya adalah senang citer. Punyalah semangat sampaikan malam tu tidur lambat. Tak cukup dengan tidur lambat, boleh pulak berangan sambil nyanyi sementara tunggu mata nak layu. Nyanyi lagu KOREA pulak tu. Daim. Sumpah lama. Dah tu bangun awal around 0530 macam tu. Tak cukup semangat lagi. Hamik kau, keluar bilik air mengigil ngigil.

First day sekolah kan? So, tahap keterujaan tu menyebabkan aku datang awal. Ok, sangat teruja. Dah sampai sekolah, aku dah target confirm aku akan jadi bahan. Ya. Memang tepat. Mula mula, Effa dari jauh dah pandang aku mana taknya harini kebiruaan je. Cet. Geli mak.

Then, pergi kat budak budak ni. Tas sangat tekejut dengan perubahan aku sampaikan dorang panggil aku adik? Apa kau ingat aku budak tadika kemas? Cet.

Pastu chaww pergi DP. Mana taknya, cik mario dah bising bising suruh beratur pergi sana. Dah lah bising, tak cukup nak sebut jugak " Ni apa ni? Pengawas pun still ada kat sini?" Aku pun -______________-

Time assembly, cikgu asyik focus kat budak form 4 dengan form 3 je. Aku dah menyirap. Yelah, form 4 sebab keputusan PMR dorang agak membanggakan. Aku tengok beza result PMR time aku dengan budak budak ni lebih kurang je. So, tak payah bangga sangat. Wakaka. Then form 3 pulak tak habis habis dengan Cekal-nya, Budi-nya, Yakin-nya. Sumpah, nama class macam kanak kanak riang di tv satu.

First day dah belajar. Nasib addmath je. Dah la aku amik port depan gila sampaikan kalau cikgu diri depan aku, confirm kepala, tengkuk semua sakit sebab kena donggak memanjang.

Dan first day jugaklah ada ORANG curi kasut aku. Sesiapa sila terasa. Kaki aku macam panas pakai kasut tu so aku bukak lah time belajar. Entah macamana, sebelah hilang. Tambi mana lah curi. First day dah buat awok dengan aku. Nasib aku penyabar orangnya. Wakakaka.

Ok, bye. Blogger kata pergi, Score A kata mari. Gerun mak.

No comments: