November 20, 2011

Cinta Buku Buku

Assalamualaikum! Hehehehehe. Rindu kome kome eh no rindu blog.


Bangun pagi
Celik je mata
Kanan buku
Atas katil buku
Atas meja belajar buku
sampai tersenget senget folder aku
Ok dia tersenget sebab penuh dengan mag CLEO
Hehehe gelak lagi
Kira satu bilik full dengan buku
Walawehhhh kira pulun habis aku ni
Dah macam mini library dah.

Sampai puan emak dah siap offer diri nak kemaskan bilik aku
But aku jawab
ALAAHHH NANTI HABIS SEMUA PAPER, CONFORM VAVAVOMM BILIK.
PROWWWMISE #wink


Esok paper agama. Woi agama woi. Jangan ingat agama senang ye. Kau reti translate ayat hadis to rumi? If kau budak agama, celah lengan je lah kan. Kalau aku, mahu gigil woh.

Aku rasa keadaan aku sekarang ni dah macam Elysa yang dalam Cinta Elysa. Why? Nanti you tengok you paham.


Dah. Charlo bebeh.

October 29, 2011

Count On Me


Assalamualaikum.





Handsome kat luar tak cukup. Dalam pun kena handsome.

October 28, 2011

Hawa Should See This

Assalamualaikum and Hello :D


Me me me want share this with you allsssss. Tak kisah kau perempuan, lelaki or bangsa lain. Yeah, I know. Vid ni dah lama but it's okay. I'm just want to share. Sharing is caring *rolling eyes* Just see, listen and fikir fikir kan.





Adore gila kat dia. She's very fuyoyoyoyo susah nak cakap woh. Suka cara dia bercakap. Dulu time zaman mula mula nak buat email, kemain email aku tulis nama dia. Haha. Pastu bila member mintak email, aku pun bagi ah then dorang dok bahan aku perasan nak jadi Wardina. Hahaha. Terus insaf buat nama sendiri. Ite malu.


SPM dah dekat woi. Tak reti study lagi woi. Masalah bertimbun woi. Apalah daya. Hidup kena teruskan. Wish me luck guys.

October 9, 2011

Oh Ceeeebyyyeee!

Assalamualaikum.

Bayangkan korang dah taip everythinggggggg yang korang nak tulis dalam blog korang and lagi berapa patah perkataan je dah nak habis but suddenly


mouse kau gatal sangat jalan jalan then tertekan "Google"


BOOOOOOOOOOOM!


Gone.
Everything!!

Terus malas nak update. Merajuk already.


October 5, 2011

Can't Stand It

Assalamualaikum.

Ehem ehem hachunmmmmmmm uhuk uhuk *puppy face*

Hotak lu zack.

Harini budak budak dah start PMR. Boooooo PMR je pun boooo lagi boooo lagi. Periksa Menyusahkan Remaja. Ceh geli je. Itu kata kata orang yang bongkak yang amat bila dah jawab exam ni. Astaghfirullahalazim!

So bila diorang exam kami kami geng bas sekolah ni pun diberi cuti. Hehehehe terima kasih daun keladi lain kali bagi lagi. But bila cuti paling aku menyampah paling aku tak suka tak suka is AKU RINDU DOE YANG AMAT BANGAT SAMA KAWAN KAWAN BESH BESH FRIENDS ITE. tsk. Tak kira kelas mana, jantina apa mahupun bangsa. Eh bangsa tak. Aku tetap rindu. Shiut aku mula ber-emo!

Walmaklum. Rumah jauh sangat dari kome kome ni. Haih. Duduk rumah gelak sorang sorang tanpa teman. Nak dance roly poly pun takde teman. Nak nyanyi lagu Shemakin hari shemakin sherashi bagai pagi dengan lalala~ pun takde teman. Sedih berlagu pilu aku.




Sometimes aku terfikir.
Rindu kah kome kome pada aku? Ok dah aku dah tau. Senyap. Bye!

September 27, 2011

September 14, 2011

Mencik

Assalamualaikum! Wuhoooooi :D


Benci tak?!


Benci tak?!


Benci tak?!


Benci tak?!


Benci tak?!


Benci tak?!


Benci tak?!


Benci tak?!


Benci tak?!


Benci tak?!


Benci tak?!


Benci tak?!


Benci tak?!


KALAU ADA ORANG SURUH KAU BANGUN DARI TIDUR TIME JAWAB EXAM ADDMATH?!

Arghhhh, tension tidur tadi. Tak aman. Ok dah boi!

September 9, 2011

Like It

Deep inside hati aku sakit. Sakit sangat sampai orang tak boleh nampak. Allah je tahu perasaan aku time aku berdoa kepada-NYA. Sampai kadang kadang air mata aku keluar secara suddenly. Aku selalu ingatkan diri aku, mungkin Allah nak uji aku and tengok sejauh mana aku boleh tahan. Aku dah ada niat something but not sure nak buat ke tak sebab aku tahu keburukannya lebih banyak dari kebaikan. Aku taknak orang lain pikir aku ni kejam sedangkan orang lain yang berkata tak tahu pucuk pangkalnya. Sabar aku mungkin ada hadnya but sampai bila lagi aku nak face benda ni?! Aku dah penat sumpah penat, penat sampai hanya mampu tersenyum bila benda ni happen. If tetiba niat aku jadi, maafkan aku sangat sangat, aku terpaksa. But aku akan ingat benda ni sampai bila bila sebab kenangan ni terindah sangat bila pikir balik. Mungkin jugak aku akan citer benda ni kat anak cucu aku nanti and maybe my future husband too. Dear my future husband, where are you?! Please segera muncul #tetiba. Erm, pasrah je mampu aku lakukan sebab takdir yang menentukan segalanya.


Assalamualaikum ♥

August 26, 2011

Please Faham


Mula mula. Assalamualaikum. *tarik nafas*


Okay, aku nak korang tahu umur aku 17 tahun this year so aku akan ambik SPM aka Sijil Penentu Masa Depan aka Sijil Paling Menakutkan aka sukahatikoranglahnakbelajarketaknak. #sesak nafas

*lupa hembus nafas* Ok teruskan.

Trial lagi 2 weeks. So sambil kacau rendang sambil fikir formula chemistry argh bengang tahap bangang. Takpe tahunnnn ni je. Anyway, point aku sebenarnya nak cakap. If takde post baru maknanya aku biji (busy) sangat sangat and takde masa nak update. Rindu kau blog tsk tsk.

Last last, raya nak dekatkan? So kat sini aku nak minta maaf kat sesiapa yang terasa dengan apa yang aku pernah cakap selama ni. Mungkin kadang kadang niat aku tuju kat orang lain tapi orang lain yang terasa so berharap sangat maafkan aku and yeah aku tahu mulut aku puaka sikit sometimes but well manusia right takdenya yang perfect. Kalau aku terbantai kau, aku minta maaf. Mungkin kau anggap benda tu serious but bagi aku tu semua gurau gurau kasar je. Hihihihihi.

Budak yang baru sedar diri nak SPM. Baca ni. Takpe weh, tahun ni je kita korban doe. Dah dah, nanti jangan over sangat makan ketupat rendang kuah asam pedas la muruku ke apa ke. Sekarang kita study je. Pedulikan duit raya. Wahceh. Kalau dengar lagu raya kat radio ke Ipad ke buat chill je. Jangan emo, nanti basah buku physics kau. Yang korea korea pun lupakan sekejap. Toksah la dok tengok citer korea tu. Dance dance pun takyah la. Pencen la kejap. Fokuskan mana yang lemah especially subject hardcore tapi usaha je tak cukup if tak sekali dengan doa. <-------- Ni semua untuk diri sendiri.


SALAM AIDILFITRI!


Yey! Jumpa Shin Chan

August 20, 2011

Iftar With Awesome Classmates


Well, Hola Guys! Eh, Assalamualaikum. Heheh


Semalam, 19th Ramadahan budak class 5 LK batch 2011 had iftar together. Just half je yang boleh turun. Sedih sikit. Takpe, it still ramai wohh.



The right one is our's Big Daddy. Heheh




Mat-mat kain.




Mata ke atas, tangan di dada



Celebrate birthday Shero Bulat sekali!








Ni baru half dari class okay


Eventhough class aku yang kaum Adam belambak nak mati dari kaum hawa but kitorang still lagi boleh together. Yeah, jantina bukan penghalang. Wahceh. Sumpah, aku akan rindu benda ni. Mana taknya, belum bukak puasa lagi dah macam macam benda terjadi kat kita. Tapi berkat solat dulu before makan. Alhamdulillah rezeki melimpah melimpah macam air. Heheh. Lagi best kalau lagi 15 orang join sekaki. Anyway, class LK still the best and we had a great great moments and fun right?! =')

LOVE YOU GUYS ♥

August 1, 2011

Rutin Bersahur


Assalamualaikum kalian kailan.


Bila bersahur aku ada rutin yang eveeeeeery year aku akan buat dan setiap hari jugak sepanjang bulan ramadhan je la.


Kitorang one family bersahur dalam pukul 5 pagi so aku akan bangun dalam pukul 4.30 Kalau paling lambat pun pukul 5 pagi jugak. Ni kalau malas aku tengah tahap giga la. Heheheh.


Nanti turun je bawah buat air yang kaw kaw kopi kapal api kaw punya panas bagi family minum. Asalkan bersahur mesti kitorang buat yang berasaskan gula atau lebih senang di panggil 'O' Kekadang tertanya gak. Kenapa 'O' jugak? Kenapa tak 'Z'? Kenapa takkkkkk err err, abjad yang lain?! Fine. Soalan ni agak tough.


Pastu dah setel tolong omak kita, kita pun kejutkan yang lain. Sekarang kita dah semakin rindu nak kejutkan abang kita bangun sahur tapi malangnya dia kaaaat U. Tsk tsk. Mencik abang. Wahceh.


Settle lahap makan. Aku jadi tukang cuci pinggan, periuk belanga semua. Tinggal lah aku sorang sorang kat bawah sambil meniup angin belakang rumah. Heaven! tapi kadang kadang scary gak. Tapi bila pikir balik, setan mana ada dong. Semua dah masuk jail. Wahahahaha #ni gelak setan jadian.


Then, apai lagi? Siap siap nak pi sekolah la. Ok dah esok nak sekolah. SPM SPM. Bye u olls.

July 31, 2011

After Syabaan


Assalamualaikum!


After syabaan apa? Haa, jangan suruh aku letak link lagu bulan bulan Islam by AlarmMe. Memang kaki makannya nanti.

Ofcozzzzzzz Ramadhan! Bulan yang sangat dinanti nantikan oleh semua umat Islam. Jadikan ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun tahun yang before. Kurangkan makan time berbuka, tingkatkan ibadah kepada Yang Maha Esa dan jangan lupa bersahur.




SALAM RAMADHAN
and
STUDY STUDY STUDY!

June 22, 2011

Popiah Gulung

Semalam birthday pakwe kiteww. Tapi lupa nak wish. Maklumlah, khusyuk sangat buat addmath dengan physics sampai terlupa orang tersayang. Hihi.


Happy birthday to youu~
Happy birthday to youu~
Happy birthday to ucuk, manja, intan, payung, canopy, baju hujan~
Happy birthday to youuu~





Haritu ada post hadiah untuk you. Mesti hadiah tu dah sampaikan? Jaga elok elok tau. Okeng, bye!


Alhamdulillah, selamat sampai.

June 8, 2011

Raining Bebehh


Assalamualaikum, kaum adam dan hawa. Yo yo yo!


Tadi hujan and aku takkan lepaskan peluang yang ada kat depan mata. Terus aku *voom*. Apa lagi? Main kuch kuch hotak hey la dalam hujan. Yeehahhhh, heaven!



Fine, hujan turun tak lebat pun. Emo ah macamni.

June 5, 2011

Jejaka Ulalala

Assalamualaikum.

Followers and stalker terhebat sihat? Well, adinda disini sihat sejahtera sambil tangan sibuk menaip entry terbaru untuk awak sambil juga mendengar lagu Jerat Percintaan dibawah sinaran mentari berserta angin bersempoi sempoi bahasa sambil juga teringat orang yang tersayang. Malangnya kekasih hati sudah diambil orang dan jiwa ini dirobek dengan rakusnya. Oh jangan salahkan aku, aku tidak berdosa. Ni semua pengaruh novel. Daim.

Harini, aku nak post pasal jejaka jejaka yang bila tengok sangat ULALALAAAAAAA or Ohmyyyyy atau nak gedik sikit Awax encem titew sukerw lewh *kenyit mata sebelah, mulut itik.

Top 8 Jejaka Ulalala


#8 Kim Hyun Joong.

Or maybe lebih korang kenali as Jihu kat cerita Boy Over Flowers. time kat BOF aku tengok dia ni tak lah handsome mana, rambut stock semua statik je. But boleyyyy ahhh.


#7 Pierre Andre

Aku tahu dia ni bukan handsome or comel or what but dia unik. Yeah unik itu awesome. Cara dia cakap yang buat aku tertarik nak tengok dia lagi dan lagi dan oh lagi. Aku suka tengok dia berlakon dalam cerita Tiramisu yang kat TV3 dulu. Memek muka yang dia buat sangat oh cute. Haha. Pierre I nak cakap ni, please buang misai you sebab... just please okay.


#6 Kim Beom


Ye kau comel. Sangat comel. Comel sanad.


#5 Aaron Aziz


Nama sebenar Harun. Takpe, janji kau ulalala. Haha. Dia dalam Nora Elena lagi ahh. Hey, aku nak lelaki macam kau boleh tak? Full of suprise. Eh tak, means lelaki macam Seth Tan.


#4 Nazim Othman


Sorry dear, ingat tadi nak letak you num 1 tapi you curang dengan I. So serve you right la!


#3 Daniel Eric Gold

Dia popular dalam cerita Ugly Betty. Hish. Baik sangat lah muka kau ni. Tengok dapat num 3. Ish.


#2 Logan Lerman




Okay. Puas hati aku letak dua gambar second husband aku. Wakakaka


#1 Lee Min Hoo

Dia superbb and purrrrrrrrrrfect! Please jangan comel sangat boleh tak? Kang aku letak satu lagi gambar kang. Haa




See! Aku dah cakap. Jangan jangan. Dia still nak buat muka cute, handsome dia tu. Ish, mencik.


Kbyee. Nak fokus tengok Ayat Ayat Cinta.

June 2, 2011

Aiyokk Hitler Marah

Assalamualaikum and *brupp* alhamdulillah. Zack sangat sopan -____-


Again, pasal M-pop tu. Aku rasa korang dah tahu kot pasal Hitler marah Gula Geli? Eh ke Hitler marah Gula Gedik Sakan?


And korang dah dengar single dia? Fuhhh, ulala kot. Apa tu nama tajuk lagu dia. Suka Gitu? Macam dangdut la weh! Lagu Amelina serious lagi sedap dari what kejadah punya lagu tu.


*Asyik, asyik, asyik, asyiknya bercintaaaaa!*


Nah, Pak Hitler bawok bersabor. Misai kontot tu aku kontot lagi baru tahu. Nanti ada part " Takpe Ana , minat 2PM takpe " Hahaha! Itu lawak itu lawakk. Thanks to Mira Bambam =)







Ni pulak lagu diorang. SUKAAAAAA GITUUUUU! Euw.






Kan aku dah cakap, mesti ada part flying kiss euww-euww. Then diorang memang kena kaw kaw kat you tube. Haha. Ish ish, sabor je la jep oi. Lu langsi, Lu mati *tetiba*



Now, BOF dah ada balik kat KBSW. Oh myyy! Pukul 3.15 petang dah get ready terconggok kat depan tv. Lee Min Hoo <3



Mummy, dinot nak boyprengggg macamni. Eh tak, suami macam diaa! Wakaka


Peacenowar.

May 29, 2011

Azam Cuti

Assalamualaikum and HOI!


Azam Cuti bukannya bermaksud aku sedang bercinta dengan lelaki yang bernama Azam then dia minta leave sebab semata semata nak jumpa aku. Fuh, nampak sangat kan cerita aku menipu? Heh.


Kan dah start cuti and gahhhhhhh besshh gileww! Boleh tidur lambat and tetiba TERbangun lambat. Haha. Tapi tak best sebab cikgu awal awal dah suruh buat folio addmath time cuti ni. WHAT? ADDMATH ADA FOLIO? Ye ye. Fun right? Ergh. Jawab dalam paper pun aku tidur ni nak buat folio pulak. Class kau maria! Ergh.


Kalau boleh cuti two weeks ni aku nak settlekan subject maths yang mana aku still blur lagi especially Form 4 punya chapter then dengan subject hardcore jugak. Physics and Chemistry. Sayang kau dua doe. Engineering Drawing wajib buat setiap hari. Sebab? Funnn weh funnn! *tak perli tapi serious*


Then kena kemas rumah and yang berkaitan dengan rumah la. Biasa leewww nak jadi isteri yang baik kan mesti practice dari sekarang. Wakakaka xD


Pastu nak minum air suam suam banyak. Ya, zack seorang yang pemalas nak minum air. Lebih lebih lagi air kosong. Aku minum pun sebab yeah persediaan for kawad peringkat negeri pulak. Sebab before ni aku demam, selesema then batuk. Automatic suara pun lost contact la kan.

Cuti kali ni, takde pergi mana mana. Wuuu wuu. Sedih gilaa. Takde orang nak ajak kita keluar. Nak emo ah macam ni. Haha. Maybe tu je kot. Dah, aku blah dulu. Boi!



Jangan ingat ni yang replika punya tu. This is real penguins okay. They're soooo cute macam Pingu! Tipu la kalau kau tak pernah tengok citer Pingu. Tapi diorang ni hanyir oh bau. Memanglah, sebab diorang pun spesies ikan. Heh. Anyway, Happy Holiday and Happy Study too!

May 28, 2011

Dah Jadi Jeruk

Assalamualaikum!


*All my life I've been good, but now, Whoaaaa, I'm thinking what the hell* Fuhhhhhhhhhhhhh, kaw kaw punya habuk kat blog ni. Usang sungguh. Takpe takpe, cek dah mai dah ni.


Aku busy gila past few weeks ni. Dengan kawad then terussss exam! Memang aku suka 10 lah kan. Aku study exam ppt ni pun last minute. Subject hardcore semua tu confirm A dengung dalam tangan la kan. Time cikgu kasi je paper addmath aku buat soalan yang satu dua markah then bantai tidur. Ingatkan aku sorang je teruk rupanya yang lain pun bantai tidur jugak. Ni baru namanya tidur berjemaah. Haha


Haritu kawad peringkat daerah, Pandu Puteri BBST dapat number satuuu! Wohoooo! Kau bayangkan aku naik atas pi amik sijil, then ada budak laki ni cakap " Pergh, kecik gila ketua dia " Aku macam -______________- Dapat kau si botak, aku toreh kepala kau kat machine parut kelapa tu. Ish.


Fine, citer ni dah jadi jeruk pun. Takpe la kan. Aku punya blog aku punya suka. Ada aku kesah? *mata ke atas, tangan di dada*



Colour muka dah berubah, terus jadi preeeeettyyyy zinta! I loike!
















Nak terkucil kucil aku time kena melapor kat abang tua misai lentik. Haha. Tapi aku nak minta maaf kat korang budak budak kawad if aku ada buat korang kecik hati ke apa. Aku tak kesah pun if korang kutuk belakang aku sebab yeahh itu lah benda yang kena aku terima if jadi ketua en. Takpe, zaman muda muda dulu pun dah biasa aku komen komen senior senior so haa kau! End up-nya, aku pun kena komen gak. Hihi. It's okay! Anggap itu sebagai ujian dari Allah dan hey pengalaman what? Haha. Anyway aku enjoy gila dengan korang. Mana taknya, susah nak tengok kita one team serious. Aku serious, korang gelak. Terkekekek lak tu. Jahat taww! Haha.


Byeeee guys!

May 1, 2011

K-Pop Turns M-Pop?

Assalamualaikum and Hi guys!

Aku rasa mesti dah kecoh pasal M-Pop tu kan? Sumpah lawak en en en?! HAHAHAHAHA! Mai tengok mai tengok. Selonggok 4 hengget.


Memang Korea habis kan muka? Wakaka!



Atototo. Tiutnyewwww buat flying kiss! Wakaka!




Ni lah akibat terlampau addict dengan K-Pop sangat sampai sanggup pakai baju 'senonoh' tu. Tonggek sana sini sampai jadi bentuk S. Euwwww. Then yang group lelaki pun taknak kalah jugakk. Bukak baju konon HOT la en en en. Bhahahahahahaha! Aku tak sabar nak dengar lagu diorang tu then tengok MV diorang. Nanti mesti ada menari yang ala ala muka cuteeeeeeeee je nak. Muka buat mulut muncung, pipi tembung tembung, mata kenyit sebelah. Awwwww. Omeyyy nyeww!


Point aku kat sini: Kita tengok sampai bila artis M-Pop ni bertahan. Wakakaka! Anyway Good Luck guyss.

April 28, 2011

Hello Love!

Assalamualaikum and heyyo!


"Seorang lelaki akan bertuah jika mendapat CINTA PERTAMA daripada seorang perempuan manakala seorang perempuan akan beruntung kalau mendapat CINTA TERAKHIR daripada seorang lelaki." - ZHA





April 14, 2011

Apa Cer Dude?


Assalamualaikum guys!

Okayy, dah lama gila tak update blog and so sorryy wehh. I'm tooooooooo busy bulan ni and bulan depan dengan kawadnya lagi and teater, kem lagi and preparation for Exam Mid Year pulak.

Perghhh memang bestfantastikmeletup! la kan life aku sekarang but takpe berkorban untuk setahun je lagi fine tak sampai setahun je then kau tidur la terbongkang macamana pun dari pagi sampai ke maghrib ke lantak kau lah. Haha. Ceh nampak sangat aku menipu. Masa nak mengadap Allah bila pulak kan. Haha




Okay, kulit muka dah sama cerah dengan colour tudung T.T


Tatatitutiti!

March 28, 2011

Hambar

Assalamualaikum!

Yoh Yoh Yoh! *muka niggahhh*

SPM dah nak dekat tapi still main main lagi. Tak reti langsung nak belajar tahu menternak najis mata je. Ya Allah kau tolong sedarkan hamba mu ini Ya Allah. Bebal sungguh dia ni. Amin =)

Puas aku samak.

March 23, 2011

Mission 2011

Well Hello Guys!

Tadi kat sekolah ada latihan merentas desa. Semangat tau aku suruh budak budak ni datang. Tapi hampeh. Ramai tak pergi bajet muka semua nak flawless je tanpa ada belang kuda belang. I hate you guys! :P Then start dari pukul 3 sampai *lupa tengok jam* Gila lah weh. 3 petang memang cuaca suka kami pun. Memang betul betul rasa macam omuteh lah siap baring atas padang menikmati cuaca terik sambil acah acah pakai sunglasses yang ulalala kat Miami. Okfine. Port Dickson sudah :P

Then kami pun buat mission nak jadi group perempuan yang paling last sekali jalan and yes mission tu tercapai and we called it 'MISI 2011'. Bangga gila tau. Haha

And sepanjang kitorang merentas tu macam macam weh kitorang buat. Haha!
  • Buat check point sendiri.
  • Menari enjet enjet semut tengah tengah jalan.
  • Setiap kali jumpa cikgu cakap " Sorry lambat cikgu. Buat addmaths tadi kejap kat belakang ". Kalau cikgu bio, " Lambat sebab buat kajian pasal meiosis tadi, cikgu " Aku terus mengaku budak bio. Haha
  • Tekan loceng rumah orang. Then lari laju laju.
  • Nyanyi lagu soley soley *usop*
  • Singgah sahur kejap kat rumah alya. Minum air. Thanks weh!
  • Plan nak habiskan minyak kereta cikgu sebab asyik ikut bontot kitorang je.
  • Duduk kat bus stand
  • Jalan sambil bukak kasut *sarah*
  • Jalan sambil pegang dahan kayu sumpah besar sambil buat muka nenek kebayan. *terasa*
  • Jerit kat abang KFC nak order burger.
  • Asyik ulang nyanyi lagu Ayat ayat cinta.

Sampai je kat gate sekolah, bajet muka champion habis macam iklan Milo 'Kami bukan pengalah, Kami juara' *eh betul ke?* Jalan dengan muka bangganya. Haha. Lantak lah apa orang nak kata. Sorry kepada mana rasa kitorang ni kecoh. Well gurlsssss bila dah jumpa kan. Hahaha

Kami sedar tahun ni tahun last so last jugak kami nak buat hal. Serious aku cakap first time bhai aku jadi antara orang yang last lari sepanjang kitorang kenal alam sekolah. Cececeh. Ni nak citer yang aku selalu jadi antara yang ehem ehem. Well, biasalah kaki panjang kan :P

Tapi yang peliknya kan. Kitorang semua dah makan biskut Tiger time lari tadi but takde hasil pun. Hmm. Cik tiger sila jawab sila sila :D

March 19, 2011

Nampak Sangat Menipu

Assalamualaikum. Heyoheyyoo!





Alhamdulillah. Aku still hidup lagi di muka bumi ni dan still ada kudrat nak berblogging.


To rakans berjimba aku: Sorry tak inform pape kat korang. Nanti aku bagitahu sebabnya kat korang face to face. Baru ada feel. Wakaka eh eh!

Boi!

March 6, 2011

Tengok Comolot!

Miahahahahaha *gelak zul. Kejadah comolot? Aku tak se-dumb couple tu pilih jalan yang NDWUHWHD <--Masha-Allah! Tentulah aku pilih KLCC en. Dah tentunya indah lagi berseri if duit berkepuk kepuk kat dalam kocek. Tapi apakan daya bapa ku bukan seorang pilot tapi seseorang yang pernah pegang pencil pilot. Okdah.


Aku tabik kalau ada sesiapa kata Ampang best. Memang nak kena pelempang. Best memang best. Syurga segala syurga untuk shopping YES tapi mampu kau berdepan dengan traffic jam yang macam haram? Ergh. Silap masuk lorong nanti kena patah balik then teruskan mencarut sepanjang dalam traffic jam tu. Suka buat orang tambah dosa.


Actually pi lawat abang kat Hosp Ampang Puteri. Alah minor operation je. Alhamdulillah selamat dan masih waras lagi. Yo kakanda, Get Well Soon! After this No Sweat, No Adidas. Haha! :P


Sementara tunggu dia operation aku pun melantak tup tup terus tertidur kat ruang menunggu tu. Fuhh, nasib takde cowok cowok yang ganteng. Hihi. Pastu dah settle kat hosp chaw pergi KLCC. Ingat nak tengok movie tapi kena join adik adik pi petrosains. Ya saya yang berumur 16 tahun 6 hari ni pergi ke petrosains. Betapa terujanya sampaikan dah hafal zon zon dia dengan games dia. Haha. Tapi maju sikit dah wohhh. Koimputor nyo Appol kotttt. So macam wuu wuu batak sikit. Haha.


Point terakhir aku kat sini, abangpetrosainstukatamukaakumacambudakbudakcomeljehihi. Abang pertosains ni pun agak agak la nak jujur depan parents saya. Kok ye pun minat kat anak nya ni. Hihi <-- Weh, balik gi flush muka laju laju la perempuan gila perasann.


Siapa marah kena jual. Hihi. Wuuf wuuf

March 3, 2011

Wait



Fikiran aku buntu dan kusut sekusut rambut kak limah. Mata aku bagaikan ada tanglung merah yang terpaksa aku pikul everyday, every second. Badan pun lesu. Tapi aku try jumpa orang senyum sampai nampak cili kat gigi. Alhamdulillah, pass.

PKS 1 next week and jadual aku packed gila! Makan pun tak lalu. Ceh, propa kau zack. Kau tak sah kalau tak mengunyah time bertugas then dari jauh ada seorang mamat gelak sebab nampak kau makan burger bajet macam nganga mulut tu besar pastu tak pasal pasal mayo melekat kat pipi. Salahkan pipi.

Sekarang, aku tengah try nak bangun pukul 4 pagi buat revision. Ternyata gagal. Haiktuihh punya semangat la aku ni. Haish. Takpe takpe. Ada masa lagi.

Then, aku harap PKS 1 ni semua lulus except addmaths sebab itu macam err errr gila kau kalau aku lulus?! Lain lah kalau aku dapat replika kertas soalan :P Hihi

But deep inside kan, aku macam ada feeling yang macam *ergh* susah nak explain. Allah je yang tahu. Maybe, ni pressure nak SPM kot. Nak taknak kena lalu jugak dugaan ni. Kkkkkkblahdulu.

February 22, 2011

Den Ore Kedah

Pasai apa hang ngoyak gitu? Ekau hilang akai ke? Takpun hang kena sawan anai anai. Ceciter zack ceciter.

Ohyeahh! Aku tahu korang mesti kenal deme duo ni. Dah famoiuhhh koott! Diorang ni soooooooo hilarioussssss and comel jugak bila diperhatikan dengan penuh ketelitian. Hihi :P Oh and and! Diorang jugak telah buat aku suka dengan dialect Kedah. Thanks beros

First.



Ini Anwar Hadi. Dia ni gila pandai bab speaking speaking London-Bridge-Is-Falling-Down wehh. Kalau dia bukak English class, aku orang first pi beratur tunggu depan rumah dia *apahajatkausebenarnyazack.



Second.



Cair weh cair. Haha! Ni Lutfhi. Dia ni pun lawak doe! Macam kak limah. And to Luthfi, hang nampak cute plus handsome bila pakai spec :) *apakah? O.o



Anyway, deme sangatlah bagus and semua vid diorang ada message. Tah-ni-ah :D

February 20, 2011

Azza Azza Fighting!


Full House.
Asal citer ni macam DHWUIHJQADWUHJKSD! Grr



Aku geram gila dengan Rain dalam citer ni. Cute, handsome kau memang bom bom! Time yang muka dia ada luka tu then dia suruh perempuan tu letak ubat kat muka dia. Perghhhh. Ya Allah! Comel sanad sanad >.< *euw. Pastu pastu, yang time diorang tidur dalam khemah tu then bangun bangun je pagi Rain segan dengan perempuan tu sebab diorang first time tidur sama sama. Awwwwwww. Lagi lah T.T





Heroin dia ni aku dah lama kenal. Cet! Bajet macam dia jiran kau je yang macam hari hari kau boleh nampak dia basuh kain guna kaki zack oii. Heh. Maksud aku, dulu kan this girl pernah berlakon dalam citer Autumn In My Heart. Awwww. Drama ni pun best gak.


Dalam masa 3 hari aku habiskan citer ni. Dalam box tu ada 16 vcds. 16 VCDS. WEHSIXTEENVCDS! Haha. Kau bayangkan time aku buat homework Maths hati aku tak tenteram sebab nak tahu what's next? What's next? Haha. Point yang paling penting disini.


Puan emak yang disayangi yang telah mempengaruh aku tengok citer ni *thankyouu.
Kitorang boleh berlumba plak tengok citer ni. Sekejap sekejap dia tanya aku dah disc berapa. Mula mula dia memang ketinggalan jauh dari aku. Tup tup. Dah cocok belakang aku wehh. Cepat gila! Then bayangkan sorang tengok kat desktop*me sorang lagi tengok kat laptop*puan emak. HAHA. Encik ayah sampai dah buat muka. Jealous la tu. Hihi

10 STARS

February 15, 2011

Please.

Assalamualaikum.




Tolong sangat sangat. Tak lama. Sekejap je. Sangat sekejapp. Aku berharap sangat sangat, Ya Allah. Kau bukakanlah minda dan pintu hati "hamba-hamba-Mu" Ya Allah. Aku dah bertahun tahun menunggu masa ni. Aku mengaku aku cepat terasa hati dengan "hamba hamba-Mu" ini Ya Allah. Aku tahu aku bukan seorang yang pandai, bukan seorang yang mempunyai peribadi yang baik, malah bukan seorang yang ada "rupa" seperti insan yang lain. Aku memang seorang yang penuh dengan kekurangan, Ya Allah. Tapi, aku pun ada hati dan perasaan lebih lebih lagi aku seorang perempuan kerana kaum ni mudah kecik hati, mudah terasa, mudah mudah dan mudah. Menipulah kalau takde, at least SIKIT. Depan "hamba hamba-Mu" ini aku pretend buat tak endah buat tak kisah tapi hakikatnya aku selalu fikir pasal "hamba hamba-Mu" ini. If tak boleh aku akan try terima 1001 sekali alasan pun. Takpe. Mungkin ada hikmah disebalik benda ni. Okdah. Assalamualaikum.


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL (:

February 10, 2011

Bila Pink Berkuasa

Assalamualaikum and Hi!



Harini 10 Feb 2011. Ada birthday orang tu lah. OMG. Dia dah matang. Haha. Hannan Hainan namanya. Silap tu nama kat menu.


TASNIM HANNANI

HAPPY 17th BIRTHDAY!



Jangan suka nak propa bila pakai pink ye tas. Hihi



Tadi kat sekolah kitorang buat surprise birthday party kecil kecilan untuk dia. Start je rehat terus blah pergi kelas ST 1. Tengok tengok dah siap tiup belon, kek pun dah ada and everything la. Cute!

Datang datang je aiman dah halang aku. Tak kasi aku masuk. Ciscake! Then masuk masuk terus suruh orang snap gambar. Dasar diva betul aku. Haha.

Lepas "Tuan Puteri" tu datang, kitorang pun nyanyilah untuk dia.. Cop cop. Budak budak perempuan semua nyanyi version omuteh. Sampai kat lelaki, dorang bantai kenakan kitorang nyanyi " Allah selamatkan kamuuuuu " =.=" Terasa habis!

Pastu sesi make-a-wish. Yang tak boleh blah, zati, aku dengan meen bantai buat sesi air mata kat tepi birthday girl pastu boleh pulak suruh orang snapkan gambar. Haha. See? Dah double diva dah aku. Haha

Then potong kek, calit calit kat muka. Haha.

Pastu ada kejadian yang tak senonoh berlaku kat dalam toilet. Haha. Time tu ada aku, meen, sarah dengan tasnim. Kitorang pergi tandas sebab nak basuh muka. Tengah syok lap muka ni, tas baling air kat kitorang. Dah macam kambing dah aku, meen dengan sarah. Pastu kitorang kenakan dia balik ramai ramai guna air kat mangkuk jamban tu. HAHA. Gila mangai basah la dia.

Anyway, thanks to Faiqah and budak ST 1 sebab kasi mengkotorkan kelas korang =)


Pi Es: Tasnim dulu GANGSTER wehh, sekarang walaweh AYU!

February 3, 2011

I Wanna Be On Top Top Top

Gila tak boleh blah buat title macam tu. Konon bajet haram nak jadi ANTM. KAH KAH KAH! Tinggi pun tak cukup bajet pulak kau zack =P


Hey guys, you know what. Yesterday punya malam, I went dinner with my parents. Yang nak kecohnya sekarang ni, aku sorang je anak diorang yang ikut pergi dinner. So apalagi? Bajet macam anak tunggal la en. Manja manja, gedik gedik sikit. Sumpah aku rasa geli mat sikit. Finnnaahhhh! Bukan sikit tapi banyaks. Haha. Mana taknya hati dengan perangai macam jantan then act macam gedik? Oh yeahh! Totally like a pondan. HAHA


Then pi mydin. Shopping barang dapur.


And balik rumah teruskan misi. Misi? Ting tang ting tang alexander~ Haha. Aku buat Kek Batik. Yeahh, tersangat la senang =)






Sopan sikit tunjuk jari kelingking



Hi. I'm a batang mop. That's all. Kk. Bye


Dari bukak api sampai sejukkan letak kat dalam peti ais, zackdinot yang buat okay. Takde assistant lagi. Oh ya! Aku tau toppingnya kureng. So kurang coklatnya. Takpe, next time aku letak topping dia kaw kaw punya banyak. Haha.


Lepas dah buat kek ni. Terus fikir nak jadi Whitney Miller dalam MasterChef. Hahaha. Padahal baru buat kek batik dah bangga. Wakaka


She is so cute plus adorableblebleeee