January 8, 2011

It's True

Orang akan kenal aku dengan budak yang gelak je memanjang. Takpun senyum kambeng bek bek dan kadang kadang try nak senyum tak nampak gigi tapi tak boleh jugak sebab gigi depan kau besar zack. Mesti nampak jugak gigi arnab kau. Ok, cukup kutuk diri sendiri zack. Baik.


Pastu bercakap jeeee kerja. Sampaikan kadang kadang tekak aku kering sebab gelak plus cakap cakap dan cakap. Then, aku kadang kadang suka citer terbalik balik. Maaflah. Perangai ni memang susah nak buang dalam diri aku. Haha.


TAPI ada satu lagi perangai aku. Ni lagi susah nak buang. Serious.


Aku malu gila dengan junior junior bawah aku. Ya. INI-SERI-OUS. Tu kadang kadang junior pandang aku kerek lah, sombong lah. Actually, tak ya adik adik. Akak yang malu sebenarnya nak berdepan dengan korang.


Yelah, korang ni ramai yang cantik cantik. tinggi tinggi, pandai pandai so aku agak segan nak tegur korang sampaikan korang yang first tegur aku. Aku ni pulak tegur jenis senyum jeeeee.


Kadang kadang tu aku sampaikan taknak terserempak dengan korang. Serious segan. So maafkan aku if korang nampak aku ni sombong ke apa ke. Tapi bila kau(junior) dah kenal dengan aku confirm weh aku buat kau macam kawan sebaya dengan aku.


Time tu lah baru kau nampak aku gelak tak hengat dunia sampai tak perasan ada sisa cili terselit kat gigi bekas makan sambal kat kantin tadi. Haha.


So rajin rajin lah tegur aku sebab aku penyegan orangnya lebih lebih lagi dengan junior. Tapi aku pelik, kenapa dengan mak orang hamoi hamoi bukan main rancak kau berbual zack sampaikan mak orang lebih ingat aku banding anak dia. Haha. Cet.




I ada satu je gambar rempit. Jangan risau.

1 comment:

amirah said...

HAHAHA..
takpe kak..
nnt adik tegur akk kt skolah k..
hahahaha..
;p
ape rempit2 ni..x cool la..haha