December 7, 2010

I Loikee!

Wuhoooi People! *bajet macam satu dunia baca blog aku je. Wakaka

So, what's down? Oh maybe left? Tak tak. Sudah zack sudaaaaah. Cuti ni apa bikin? Kalau yang masih belajar ataupun senang citer PELAJAR HARAPAN SEKOLAH sila belajar dengan tekun ye dan yang sedang bekerja sila kerja dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab untuk mendapat masa depan yang cerah. Bila dah selesai usaha, korang boleh ukur kecerahan masa depan korang dengan menggunakan pengukur kecerahan Garnier takpun Fair & Lovely. Semoga berjaya!

Cuti tahun ni aku rasa hambar gila. Mana taknya, duduk rumah je. Then bukak kilang selulit kat dalam badan sendiri. Sampai dah padat dah. Niat nak bersenam tu ada tapi asalkan nak joging je hujan. Asalkan hujan je mesti aku tak joging. Yelah, joging dalam tidur best woh kalau time hujan. Feel gila. Pastu selimut confirm kasi tutup sampai habis. Jadi kak chong la aku. Wakaka.

Aku tak faham lah, kenapa kalau nak kurus nak kena bersenam? Boleh tak bersenam tu jangan melibatkan kena lari lari ke turun naik tangga ke senang citer JANGAN MELIBATKAN PUNGGUNG TU BERGERAK? Cubalah cipta senaman macam ambik strawberries pastu celup dalam chocolate then ngappppp masuk mulut. Takpun potong chesse cake ambik garpu and again ngaaaaaaaaaaaaaappp masuk mulut. Haaa! cepat, senang, dan mudah kan?

Dan oh ya, semakin hari otak aku semakin kusut dan aku tak jumpa lagi zack dinot dalam diri aku. Ya Allah, tolong kembalikan hambamu ini macam sediakala. Diri dia yang sebenar. *Amin*

Salam Maal Hijrah To All Muslims =)

No comments: